12 Idea Villa Mewah di Bali Untuk Percutian Romantik Pada Harga Berpatutan

0
1722

Tengah mencari tempat menarik di Bali untuk honeymoon? Pastinya 12 idea villa mewah akan menjadi pilihan tepat ‘love bird’ untuk percutian romantis di Bali.

Pernahkan anda mengimpikan anda bersama pasangan berbulan madu di Bali? Atau anda ingin ke dunia yg penuh dengan keterujaan untuk mereka yang sedang hangat bercinta. Namun, mungkin terlintas di fikiran bahawa anda tidak mempunyai bajet yang secukupnya untuk destinasi semewah Bali.

Anda pasti teruja apabila mengetahui wujudnya villa honeymoon yang mewah dengan harga yang sangat berpatutan. Memang susah nak percaya wujudnya villa mewah yang menawarkan pakej menarik dengan harga yang berpatutan seperti ini.

Jadi meskipun tidak ingin mengeluarkan terlalu banyak wang, anda tetap layak mendapatkan detik detik penuh kenangan bersama pasangan dengan suasana yang nyaman dan yang paling penting,privasi anda terjaga rapi.

Dan apa yang lebih menari daripada menginap di villa yang dilengkapi kolam renang peribadi, khas untul anda dan pasangan? Semak 12 villa berbulan madu pilihan kami yang bukan sekadar mewah,malah tersangatlah romantis untuk anda dan pasangan!

D Chandrasti Bali Villa

4-ocean-view

Jika anda bermimpi untuk mengisi detik berbulan madu anda dengan bersantai di kolam renang peribadi khas buat anda dan pasangan dengan ditemani deruan ombak serta ketenangan laut, impian anda kini menjadi kenyataan!

Terletak di Batu Belig Beach, D Chandrasti adalah pilihan yang tepat dengan kolam renang peribadinya yang menyajikan pemandangan laut yang akan mempesonakan anda!

Kami memberi jaminan bahawa semua ini sukar untuk diperoleh terutamanya dengan harganya yang berpatutan.Villa ini siap dilengkapi dengan ruang tamu,ruang makan, dapur mini serta tub mandi yang muat untuk dua orang.

Ketika anda berada di sini, pasti tidak lengkap jika anda tidak singgah di La Laguna, yang juga terletak berhampiran Pantai Batu Belig. Anda akan merasai kenikmatan koktel yang sangat istimewa di sini.

Harga : RM 500++ (villa dengan satu bilik tidur dengan kolam renang peribadi menghadap laut)

Alamat : Jalan Batu Belig No. 14, Kuta Utara, Kuta, Kabupaten Badung, Bali 80361, Indonesia

Hubungi : +62 361 3737888

2. Berry Armour Romantic Villa

berry

Salah satu blok yang baru dibina, Villa Romantis Berry Armour sememangnya direka khas buat pasangan yang ingin berbulan madu.

Dibina serta direka dengan tema hiasan dalaman yang romantis,

“kami percaya bahawa setiap orang mempunyai cara yang tersendiri dalam meluahkan perasaan cinta. Pilih salah satu daripada tiga pilihan bilik, dengan tema yang bersesuaian dengan keinginan anda serta nikmati detik detik keindahan anda di Bali dengan cara yang lain dari yang lain.”

3 pilihan bilik yang bertema ini mempunyai nama yang agak fantastik!

#1: The Mystique Romantic Villas

#2: The Temptation Romantic Villas

#3: the Desire Romantic Villas

Sarapan pagi juga amat istimewa kerana anda boleh memilih untuk bersarapan di atas air bersama pasangan. Yoga dan minum petang juga disediakan. Anda boleh seharian di bilik tanpa rasa boring!

Harga: RM 700++
Alamat: Jl. Batu Belig Kerobokan, Bali 80361, Indonesia
Hubungi: +62 361 4737405

3.Kamuela Villas and Suites Sanur

sanur-sunrise-via-Freddy-Ferdian-Jaya-740x443

Villa ini menjadi tarikan kerana lokasinya yang terletak di Sanur yang mendamaikan,jauh dari kesibukan Bandar.

Dalam gabungan unik suasana taman dan hutan, Kamuela Villas and Suites Sanur terletak tidak jauh dari pantai Sanur dimana pasangan berbulan madu boleh menikmati sunset yang romantis bersama pasangan.

kamuela-sanur-pool-740x483

Harga: RM 500++
Alamat: Jl. Cemara No.33 Sanur 80228 – Bali, Indonesia
Hubungi: +62 361 27056

4. Legian Kriyamaha Villa

Jika anda dan pasangan menggemarkan aktiviti berendam sambil tenangkan fikiran di kolam atau jakuzi, Legian Kriyamaha Villa sudah tentu menjadi pilihan yang tepat kerana di sini menawarkan kedua duanya.

3.-Kriyamaha

Selain dari rekaan dalamannya yang menarik, servis romantis juga menanti anda dan pasangan.
Bagi sesiapa yang suka bergaya, anda bersama pasangan boleh merasai peluang menggayakan baju tradisional Bali.

Harga: RM 400++
Alamat: Jl. Pandawa, Kuta, Kabupaten Badung, Bali 80361, Indonesia
Hubungi: +62 851-0052-2558

5. Sun Island Suites

10.-Sun-Island-Suites3-by-agnesdeus-740x740

Sun Island Suites menawarkan pakej mewah serta berpatutan dengan 1 bilik tidur yang luas yang bukan sahaja memberi keselesaan,malah menjadikan percutian anda bertaraf bintang!

Suite ini mempunyai dua tingkat,tingkat pertama menyediakan bilik tidur serta balkoni.Manakala,tingkat bawah,ruang tamu,dapur mini, ruang makan serta parking peribadi.

Harga: RM 400++
Alamat: Jalan Raya Goa Gong Bali
Hubungi: +62 361 8498880

6. Sejuk Beach Villas

Sekarang anda tidak perlu lagi teragak agak untuk memilih destinasi yang mempunyai pemandangan laut atau suasana kampung seperti sawah padi,ini kerasa anda boleh mendapatkan kedua duanya di Sejuk Beach Villas.

5-pool-via-palmerchild

Harga: From 400++
Alamat: Pantai Seseh, Munggu, Bali, Munggu, Bali 80391, Indonesia
Hubungi: +62 361 8714443

7.Rijasa Agung Resort and Villas

Jika anda tidak pernah merasai pengalaman berenang di kolam yang terletak di atas gunung ganang,anda patut mencubanya di Rijasa Agung Resort and Villas.Ia pasti menimbulkan perasaan yang mengujakan buat anda dan pasangan!

gunung

Resort ini dibina di kawasan gunung ganang di Ubud dengan 42 bilik yang luas,dihadapkan Sungai Ayung yang mempesonakan.

Harga: RM 400++
Alamat: Br.Begawan,Desa Melinggih Kelod,Payangan- Ubud,Bali-Indonesia, Ubud, Bali, Indonesia 80572
Hubungi: +62 361 980 333

8. Anahata Villas & Spa Resort

Berdekatan Sungai Petanu,dikelilingi hutan tropika yang padat,disitulah terletaknya Anahata Villas & Spa Resort.Rawatan semulajadi dan terbaik yang dapat merehatkan minda dan badan anda.

7-anahata-pool

pakej berbulan madu yang ditawarkan termasuklah :

-15 minit urutan badan untuk 2 orang
-Gubahan bunga di bilik anda
-Candlelit dinner
-menjelajahi Anahata Oasis
-rawatan spa untuk 2 orang
-Yoga di hari minggu

Harga: RM 400++
Alamat: Banjar Umah Anyar, Ubud, Bali, Indonesia
Hubungi: +62-361-8987-991

9.Jendela di Bali

Jendela di Bali turut dikenali sebagai perkampungan yang unik. Villa ini menawarkan konsep bali tradisional yang asli.

Terdapat 3 ruang berbeza di villa ini yang dipanggil sebagai ‘Bales’.Bales pertama iaitu The Bengong Bales menyediakan ruang tamu dan ruang makan,Bale Wayang Kulit pula memaparkan sudut media dan meditasi, dan dua bale lain yang menyediakan kamar tidur,yang dinamakan The White Elephant dan The Kingfisher.

jendela white

8-the-kingfisher-740x490

 

Harga: RM 400++
Alamat: Jalan Sri Wedari No.5, Ubud, Bali 80571
Hubungi: +62 361 8493092

10. Ellora Villas

Ditemani lampu lampu romantis,kolam renang peribadi,dan servis spa yang memuaskan hati pasti membuatkan anda berasa selesa di sini.

ellora

tab mandi untuk dua orang turut disediakan untuk menggamit suasana romantis pasangan yang sedang berbulan madu

Harga: RM 400++
Alamat: Jalan Danau Tamblingan No. 60, Sanur, Bali 80228, Indonesia
Hubungi: +62 361 282496

11. Pande Villas

Villa yang dikelilingi dengan pemandangan alam yang kehijauan pasti membuat anda berasa tenang berada disini.

pande villas

Perkara yang paling menarik disini adalah anda berpeluang untuk mempelajari masakan Bali yang sememangnya unik.

Harga : RM 400++
Alamat: Pantai Mengening Cemagi, Mengwi Badung, Canggu
Hubungi: +62 361 848 3288

12. Dream Villa in Umalas

Villa dengan 2 bilik tidur yang nyaman ini memaparkan gabungan senireka tradisonal bali dengan unsur senibina maghribi.

last

Ianya menggabungkan unsur klasik dan moden dengan beratapkan jerami,siling yang diperbuat daripada buluh,serta laman rumput yang kehijauan.Gabungan yang pasti membuat anda terpukau!

Harga :RM 300++
Alamat : Gang 8, Jalan Umalas 1, Canggu, North Kuta, Bali, Indonesia, 80361

LEAVE A REPLY