10 Tips Berguna Menghadapi Temuduga!

0
552

‘Interview’ atau temuduga adalah antara perkataan yang paling seram untuk kita dengari.Namun,perasaan itu boleh diatasi jika kita membuat persediaan yang rapi sebelum menghadapi temuduga.Jadi di sini,kami ada selitkan 10 tips berguna sebagai persediaan awal anda untuk menghadapi temuduga.Goodluck guys!

 

 

1.Info tentang jawatan/kos yang ingin dipohon

info

Sebelum menghadiri sesi temuduga,anda harus membuat sedikit research/kajian  tentang jawatan/kos/syarikat yang ingin anda pohon.

 

2.Tahu lokasi temuduga

lokasi

Pastikan anda tahu lokasi sebenar temuduga dijalankan.Hal ini demi memastikan anda sampai tepat pada masa!

 

3. Pakaian

pakaian

Pakaian anda haruslah kemas,menarik dan kelihatan profesional.Jangan hanya pada pakaian,anda juga mestilah titikberatkan soal kebersihan diri seperti memotong kuku serta menyikat rambut anda dengan rapi.

 

4.Temuduga Olok Olok

olol olol

Adakan temuduga olok olok agar diri anda lebih bersedia.Pastikan anda sudah tahu tentang soalan soalan umum seperti “apakah kekuatan dan kelemahan anda”,”tell me about yourself”,dan “kenapa mereka perlu menerima anda”.

 

5.Rujukan

rujukan

Dapatkan sekurang kurangnya tiga orang rujukan seperti bekas majikan,rakan sejawat atau pensyarah yang bole dijadikan sebagai rujukan profesional anda.

 

6.Datang Awal!

datang awal

Anda perlu datang awal sekurang kurangnya 30 mimit lebih awal dari sesi temuduga.Hal ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan rasa nervous anda!

 

7.Bawa dokumen yang diperlukan

dokumen

Pastikan anda membuat senarai dokumen dokumen penting yang harus anda bawa bersama.Susun dokumen ini dengan baik supaya dapat memudahkan pihak penemuduga untuk membuat rujukan.

 

8.Bertanyakan soalan

tanya soalan

Anda perlu siap sedia dengan soalan yang hendak ditanya kepada para penemuduga.Terkadang,penemuduga ingin melihat sejauh mana usaha dan semangat anda.

 

9.Jual diri anda!

jual diri

Sesi temuduga adalah peluang yang terbaik untuk anda bersinar!Jadi,cuba berikan yang terbaik agar mereka dapat melihat anda sebagai seorang calon yang terbaik!

 

10.Tindakan susulan

Thank you

Sesudah selesai temuduga,moleklah jika anda menghantar satu email penghargaan sebagai tanda anda menghargai masa yang mereka luangkan serta pertimbangan yang telah mereka lakukan.

 

LEAVE A REPLY