13 Tempat Percutian Menarik Yang Tak Ramai Orang Malaysia Tahu

1
4212

Buntu mencari tempat percutian menarik di Malaysia? Di bawah kami senaraikan 13 tempat menarik yang ada di sekitar anda tapi tak ramai orang Malaysia tahu.

#1 – Tubotel Langkawi

Tubotel Langkawi adalah hotel bajet pertama di Asia yang menggunakan konsep penginapan dalam tiub konkrit. Hotel ini terletak di Pantai Cenang dan dilengkapi dengan kemudahan seperti Wi-Fi, penyaman udara, pakej sewa basikal, motor & island hopping.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web  tubotel.com.

tempat percutian menarik malaysia tubotel langkawi

#2 – Tanah Aina Resort

Orang Pahang patut tahu kewujudan Tanah Aina Resort yang menerima anugerah Green Era pada Forum Ekonomi Hijau di Berlin. Kini Tanah Aina memiliki 5 resorts antaranya di Raub, Lentang, Bentong (Pahang), dan Pengerang (Johor). Tanah Aina dibina di kawasan yang ada sungai di sekitarnya membolehkan pengunjung menikmati kenikmatan mandi sungai yang sungguh menyegarkan.

Maklumat lanjut di web rasmi tanahaina.com.

tempat percutian menarik malaysia tanah aina resorts

#3 – Time Capsule Retreat Pahang

Siapa sangka di tengah kawasan pekan Sungai Lembing Pahang wujudnya tempat percutian menarik yang dinamakan Time Capsule Retreat. Jika privasi menjadi keutamaan anda, maka The Retreat boleh dijadikan destinasi anda seterusnya kerana kawasan ini hanya boleh dimasuki oleh pengunjung yang membuat tempahan sahaja.

Maklumat lanjut layari timecapsuleretreat.com.

tempat percutian menarik malaysia time capsule retreat

#4 – The Dusun Mantin Negeri Sembilan

Jauh dari kesibukan pekan Mantin terdapat sebuah tempat menarik yang dikenali dengan nama The Dusun. Yang menariknya tentang The Dusun, pengunjung boleh melakukan aktiviti jungle trek yang dikendalikan oleh orang asli selain boleh melawat ladang rusa, burung unta dan bermacam lagi aktiviti menarik. Terdapat lima jenis rumah yang disediakan di The Dusun, antaranya rumah Berembun, Perling, Tembusu, Emas, dan Sora.

Untuk booking atau pertanyaan harga layari thedusun.com.my.

tempat percutian menarik malaysia the dusun mantin

#5 – Desa Balqis Kuala Linggi Melaka

Bertepatan dengan tagline “Back to Nature”, Desa Balqis yang terletak di Kuala Linggi, Melaka menyediakan penginapan rumah kayu tradisional yang lengkap dengan swimming pool. Terdapat 20 jenis rumah Melayu tradisional yang anda boleh pilih untuk menginap di sana.

Maklumat lanjut layari desabalqis.com.

tempat-percutian-menarik-malaysia-desa-balqis-melaka

#6 – Sekeping Serendah, Selangor

Nak mengidap di hotel mewah dalam hutan? Mungkin Sekeping Retreats boleh menjadikan impian anda kenyataan kerana mereka telah membina tempat kediaman mewah jauh di dalam hutan Serendah Selangor. Selain itu, anda juga boleh menginap di cawangan Sekeping Retreats di Bangsa, PJ, Ipoh & Penang.

Info lanjut di sekeping.com.

tempat-percutian-menarik-malaysia-sekeping-retreats

#7 – The Shorea, Seremban

Kalau orang Negeri Sembilan rasa jauh untuk ke Serendah Selangor, anda boleh mencuba keindahan The Shorea yang terletak di Seremban. Villa di sini besar & mewah, sesuai untuk percutian keluarga atau trip syarikat.

Maklumat lanjut layari theshorea.com.

tempat-percutian-menarik-malaysia-the-shorea

#8 – Limastiga, Umbai Melaka

Kota A Famosa mungkin tempat paling popular di Melaka namun Limastiga adalah tempat percutian menarik di Umbai Melaka yang ramai orang tak tahu. Namun Limastiga hanya dibuka untuk muslim sahaja bagi menjaga kesucian tempat ini daripada haiwan & minuman terlarang.

Info lanjut di blog limastiga.blogspot.my.

tempat-percutian-menarik-malaysia-limastiga

#9 – Templer Park Rainforest Retreat, Rawang Selangor

Di Rawang juga terdapat tempat penginapan mewah di dala hutan yang dikenali sebagai Templer Park Rainforest Retreat. Dari sini anda boleh menikmati pemandangan indah Bukit Takun & Hutan Simpan Kanching. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Templer Park Rainforest Retreat cuma 30 minit sahaja.

Tempahan boleh dibuat di laman AirBnB.

tempat-percutian-menarik-malaysia-templer-park-rainforest-retreat-rawang

#10 – Philea Resort & Spa, Melaka

Jika anda mencari hotel bertaraf lima bintang yang memiliki suasana nyaman, tenteram & relaks, maka sangat berbaloi untuk anda menginap di Philea Resort & Spa yang terletak di Ayer Keroh, Melaka.

Untuk info terkini layari phileahotel.com.my.

tempat-percutian-menarik-malaysia-philea-resort-spa-melaka

#11 – MasBro Village, Paya Rumput Melaka

Masih di Melaka jom melawat satu kawasan yang binaannya seakan berada di Brighton Beach, Melbourne. Kalau dilihat luaran macam kecil namun dalamnya boleh muat sehingga 6 orang!

Info lengkap di page Masbro Village.

tempat-percutian-menarik-malaysia-masbro-village

#12 – Tadom Hill Resorts, Banting Selangor

Untuk anda yang sukakan aktiviti lasak, segeralah berkunjung ke Tadom Hill Resorts yang menyediakan pelbagai aktiviti seperti Zorb balls, bamboo rafts, stand-up-paddle, rock climbing, dan zip lining. Lokasinya cuma 12 minit dari KLIA.

tempat-percutian-menarik-malaysia-tadom-hill-resorts

#13 –  Terrapuri Heritage Village, Kuala Terengganu, Terengganu

Di Pantai Timur lagi banyak tempat percutian menarik. Antaranya Terrapuri Heritage Village. Sesuai dengan namanya Terrapuri kaya dengan keindahan struktur binaan Melayu lama yang telah lenyap suatu ketika dulu.

Info lanjut di terrapuri.com.

tempat-percutian-menarik-malaysia-terrapuri

Sekiranya anda tahu beberapa lagi tempat percutian menarik yang kami tak senaraikan di sini, sila maklumkan kepada kami untuk kemaskini artikel.

Jangan lupa share dengan kawan-kawan anda!

1 COMMENT

LEAVE A REPLY