12 Taman Tema Paling Best kat Malaysia!

0
1347

Taman tema merupakan salah satu pilihan terbaik pengunjung untuk menghabiskan masa cuti mereka.Tanpa mengira umur,tua atau muda,semua akan berkunjung ke taman tema untuk mencari keseronokan bersama kelurga dan rakan rakan.Jika anda bercadang untuk ke taman tema,kami ada menyenaraikan 14 idea taman tema terbaik buat anda!

 

#1 Lost World Of Tambun,Perak

lost world

Lost_World_of_Tambun

lost world 3

Taman tema ini di bawah pengurusan Sunway Company dan Sunway City.Terletak di Tambun berhampiran bandar Ipoh.Perbelanjaan bagi membina taman tema ini dianggarkan sebanyak 60 juta.Lima elemen yang menjadi tarikan orang ramai di sini adalah Waterfall Beach Garden, Adventurific Water Slider (taman air), Fantabulous Dry Rides (taman tema kering), Tambun Hot Springs dan Tiger Valley.

 

#2 Sunway Lagoon,Selangor

sunway-lagoon1

s.lagoon

Sunway Lagoon merupakan salah satu taman tema yang paling popular dalam kalangan masyarakat.Anda boleh menikmati 8 jenis keriangan di sini bersama keluarga dan rakan rakan tersayang.Taman-taman tema ini merangkumi taman tema air (Water Park), taman tema amusement (Amusement Park), taman tema ekstrem (Extrem Park), taman tema hidupan liar (WildLife Park) dan juga taman tema Scream Park.

 

#3 The Carnival,Kedah

carnival2

carnival05

Terletak berhampiran dengan Resort Cinta Sayang di Sungai Petani.Antara permainan menarik di sini ialah wave pool,lazy river,tube clized,high speed slides,body slides dan bermacam lagi.Aktiviti lain pula yang boleh anda cuba seperti 7D Theater,Wall Climbing,Horse Riding dan Mini Golf.

 

#4 Kidzania,Kuala Lumpur

kidzania

Kidzania2

Di eCurve Mutiara Damansara, tersedia pusat bertema edutainment untuk kanak-kanak berumur antara 4 hingga 14 tahun yang diberi nama Kidzania.Pusat bertema ini amat sesuai untuk keluarga terutamanya mereka yang mempunyai ramai bilangan anak kecil dalam keluarga.Paling penting,pusat ini bukan sahaja memberikan keseronokan,malah turut memberi ilmu pengetahuam buat kanak kanak.Kota kanak-kanak yang pertama kali diperkenalkan di Malaysia ini membolehkan si cilik turut menerokai dunia golongan dewasa.

 

#5 Genting Highland,Pahang

gentinghighlands

GENTING HIGHLAND THEME PARK - PAHANG

Taman tema yang cukup familiar dalam kalangan mereka yang berdarah muda.Lokasinya yang terletak di atas bukit dengan suhu sejuk yang nyaman, pasti memberikan keseronakan berganda untuk anda berhibur.Taman tema ini terbahagi kepada dua,iaitu indoor theme park dan outdoor theme park.Bagi indoor theme park,terdapat enam taman tema untuk anda nikmati seperti Champs Elysees.London,Venice,Times Square,Universal Walk,Swiss Alps dan Genting Walk.Manakala bagi outdoor,ianya ditutup buat sementara waktu bermula 1 September 2013,selama 3 tahun bagi tujuan pembinaan Twentieth Century Fox Theme Park.

 

#6 Wet World, Shah Alam

wet-world-shah-alam-water-park

wetworld2

Berkonsepkan Carribean,cukup untuk membuat anda berasa teruja berada di sini.Walaupun hanya taman tema yang kecil,tetapi tarikan yang ada cukup menyeronokkan.Buktinya,taman tema ini telah menerima pengiktirafan “Best Small Water Park 2011” dan juga “1st Green Waterpark 2011”.Aktiviti dan permainan  yang disediakan disini lebih mementingkan aspek keselamatan dan sesuai untuk kanak kanak.

 

#7 Bukit Gambang,Pahang

bukit gambang

SONY DSC

Taman tema air terbesar di Pantai Timur ini membawa temanya yang tersendiri iaitu ‘stay cool,get wet’.Di sini terdapat Coco Beach, pantai buatan manusia seluas 1 km. Selain itu,kanak-kanak pasti teruja dengan Pulau Penguin apatah lagi dengan kehadiran seekor ‘Piranha’ yang menyemburkan air.Di sini,ada lima jenis gelongsor air yang menyeronokkan untuk dicuba!

 

#8 A Famosa Resort,Melaka

a famosa

a famosa2

A Famosa Resort ini menampilkan tiga buah taman tema iaitu Water World,Animal World Safari dan Cowboy Town.Pelbagai permainan air ditawarkan di sini seperti gelongsor kelajuan tinggi,gelongsor dalam tiub,rakit keluarga dan kolam khas untuk kanak kanak.Di Animal World Safari,anda boleh menaiki trak untuk melihat haiwan liar seperti harimau,singa dan zirafah.Pada waktu petang,pengunjung boleh merasakan suasana Pekan Cowboy yang mula dibuka pada jam 6 petang.Keunikan pertunjukan Red Indian dan Animal Circus pada waktu malam pasti akan mencuit hati anda.

 

#9 Legoland,Nusantara,Johor

lego3

legoland

Taman Tema Legoland mempunyai konsep yang sangat unik iaitu berkonsepkan lego yang menjadi tarikan utama para pengunjung terutamanya golongan kanak kanak.Alami kepelbagaian yang unik di sini seperti Miniland,The Beginning,Imagination,Lego Technic,Lego Kingdoms,Land of Adventure dan Lego City.

 

#10 Bukit Merah Laketown Resort,Perak

bukit merah

bukit-merah-laketown

Bukit Merah Laketown merupakan salah satu taman tema air yang menggunakan alam semulajadi sebagai daya tarikan iaitu tasik Bukit Merah.Ianya terbahagi kepada 3 tarikan yang berbeza iaitu Waterpark,Eco Park dan Pulau Orang Utan.

 

#11 Skytrex Adventure Langkawi

skytrex

sky4

sky2

Taman tema ini sesuai bagi mereka yang gemar akan aktiviti aktiviti ekstrem.Ianya bersifat ‘challenging’ serta mencabar kekuatan fizikal dan mental.Terbahagi kepada 3 bahagian,pertama bagi mereka yang baru berjinak,bolehlah mencuba Little legend Park.Bagi yang telah melangkah fasa kedua,anda boleh mencuba Eagle Thrill dan bagi yang telah mahir,Island Extreme merupakan tapak yang paling sesuai buat anda!

 

#12 Cosmo World Theme Park

cosmo

cosmo2

cosmo3

Untuk kelainan, apa kata anda bawa keluarga atau rakan rakan anda ke Cosmo World Theme Park yang terletak di kompleks beli-belah Berjaya Times Square, Jalan Imbi, Kuala Lumpur. Konsepnya yang unik dengan reka bentuk serta suasana sekeliling yang berwarna-warni mempunyai daya tarikannya yang tersendiri.Bagi yang kurang gemar aktiviti outdoor,taman tema ini pasti menjadi pilihan yang tepat buat anda!

 

 

 

 

 

LEAVE A REPLY