Cara Solat Tarawih Di Rumah

0

Kenikmatan Solat Sunat Terawih hanya boleh dirasai di bulan Ramadhan dan ianya dinantikan oleh semua umat Islam di muka bumi.Kebiasaannya,di masjid-masjid di Malaysia,umat Islam melaksanakan Tarawih 8 rakaat ( setiap 2 rakaat 1 salam ), disertai witir 3 rakaat ( 2 rakaat 1 salam,dan 1 rakaat 1 salam )

Dikongsikan di sini cara cara menunaikan solat tarawih di rumah sebagai panduan buat kita semua.

 

#1 Niat

Setiap solat dimulai dengan niat.Niat bagi solat tarawih berbunyi seperti berikut:

“Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala”

 

#2 Al-Fatihah

Bacaan yang sememangnya wajib dalam solat tarawih adalah surah Al-Fatihah.Kemudian diikuti dengan ayat ayat Al-Quran yang lain mengikut pilihan masing masing.Boleh jadi surah yang pendek,mahupun yang panjang.

 

#3 Setiap Dua Rakaat Disudahi Dengan 1 Salam

 

#4 Semua bacaan di luar solat seperti selawat dan doa tidak termasuk dalam perkara wajib dalam solat tarawih.Namun ianya adalah sesuatu yang baik untuk berselawat dan berdoa agar kita memperoleh pahala yang berganda dariNya.Jika tidak melakukannya,ia tetap tidak menjejaskan solat tarawih.

 

#5 Selepas selesai solat tarawih,bolehlah melakukan solat sunat witir dimulai 2 rakaat 1 salam,kemudian 1 rakaat 1 salam

 

#6 Niat Solat Witir

“Sahaja aku solat sunat witir 2 rakaat kerana Allah Ta’ala” disudahi dengan 1 salam.Kemudian sambung 1 rakaat yang disudahi dengan 1 salam.

Tips Minum 8 Gelas Air Di Bulan Puasa

0

 

Badan kita memerlukan air untuk mengelakkan dehidrasi.Manusia disarankan untuk minum 2-3 liter setiap hari.Kalau hari hari biasa,mungkin kita boleh menghabiskan air sebanyak itu.Namun di bulan Ramadhan,kita tidak boleh minum di setiap waktu.Jadi tips ini mungkin akan membantu badan kita mendapat air yang secukupnya.

tips minum air bln puasa

 

# 1 Gelas Air Selepas Azan Maghrib

 

# 1 Gelas Air Sesudah Solat Maghrib

 

# 1 Gelas Air Selepas Makan

 

# 1 Gelas Air Selepas Solat Isyak

 

# 1 Gelas Air Selepas Solat Tarawih

 

# 1 Gelas Air Sebelum Tidur

 

# 1 Gelas Air Selepas Bangun Sahur (Sebelum Makan)

 

# 1 Gelas Air Selepas Habis Makan Sahur

Juadah Yang Wajib Di Bulan Ramadhan

0

Bulan puasa ni macam macam yang kita mengidam kan,mengidam tu tahapnya kalah orang mengandung.Antara benda yang paling kita tunggu dalam bulan Ramadhan ialah bazar ramadhan.Apabila berkunjung ke bazar,rasa macam nak beli semua makanan yang ada kat sana.Di sini,kami ada berkongsi antara juadah yang sememangnya popular di bulan puasa ini.Nanti pergi bazar jangan lupa beli tau!

 

#1 Murtabak

murtabak

 

#2 Bubur Lambuk

bubur lambuk

 

#3 Ayam Percik

ayam percik

 

#4 Roti John

roti john

 

 

#5 Kurma

kurma

 

#6 Tepung Pelita

tepung pelita

 

 

#7 Ayam Golek

ayam golek

 

#8 Kuih Qasidah

qasidah

 

#9 Pulut Panggang

pulut panggang

 

#10 Roti Bom

bom

 

#11 Nekbat

nekbat

 

#12 Puding Karamel

karamel

 

Perkara-Perkara Makruh Puasa

0

Makruh merujuk kepada amal (perbuatan) yang apabila dikerjakan tidak berdosa dan bila ditinggalkan akan mendapat ganjaran pahala. Secara ringkasnya, yang disebut makruh itu adalah satu perbuatan yang sebaiknya ditinggalkan.Di bulan puasa yang mulia ini,bulan untuk kita mengejar pahala yang berlipat ganda.Jadi eloklah sekiranya kita meningggalkan perkara perkara yang makruh.Berikut merupakan antara perkara-perkara makruh di bulan Ramadhan.

 

#1 Berkumur-kumur Secara Berlebihan

kumur

Berkumur tidak membatalkan puasa,namun sekiranya berkumur secara berlebihan ia boleh mendatangkan makruh puasa.Hal ini kerana berkumur secara berlebihan boleh buat anda terminum air.

 

#2 Merasa Makanan Dengan Lidah

MERASA MAKANAN

Kebiasaannya,para suri rumah akan memasak di rumah untuk hidangan berbuka puasa.Untuk memastikan makanan yang dimasak secukup rasa,mereka akan mencubanya di hujung lidah dan berkumur semula.Ianya tidak membatalkan puasa,namun hukumnya adalah makruh.

 

#3 Bercakap Perkara Buruk Dan Keji

JAGA MULUT

Puasa bukan sekadar menahan diri dari lapar dan dahaga,malah kita juga harus menjaga perkataan dan amarah kita.Tidakkah anda merasa sia sia jika anda berpuasa namun masih mengeluarkan kata kata yang keji.Jadi,di bulan yang mulia ini,lebih baik cakap enda yang molek molek sahaja ya.

 

#4 Memasukkan Air Yang Berlebihan Ketika Berwuduk

WUDHU

Ketika berwuduk,kita ada memasukkan air ke dalam hidung untuk membersihkan bahagian hidung kita.Dikhuatiri jika air yang dimasukkan berlebihan,ia akan terus ke bahagian kerongkong kerana hidung berkait rapat dengan bahagian mulut.

 

#5 Gosok Gigi Setelah Gelincir Matahari

GOSOK GIGI

Gosok gigi sememangnya tidak salah,namun di bulan puasa ini.cuba untuk gosok gigi anda sebelum gelincirnya matahari.

 

#6 Bermesraan Secara Berlebihan Antara Suami Isteri

SUAMI

Bermesraan secara berlebihan antara suami isteri adalah perkara makruh dek kerana risau jika nafsu untuk bersama wujud dan membawa kepada pembatalan puasa.

 

#7 Menderma Darah

DERMA DARAH

Menderma darah hukumnya makruh kerana risau badan akan menjadi lemah di bulan puasa.

Tips Memilih Menu Sahur Yang Akan Memberi Anda Tenaga Sepanjang Hari

0

Bersahur hukumnya sunat.Walaupun hukumnya sunat,ia akan memberi manfaat yang besar buat kita yang ingin berpuasa.Selain mendapat tenaga yang mencukupi untuk seharian berpuasa,umat Islam juga akan dikurniakan ganjaran pahala kerana mengikuti sunnah Rasulullah S.A.W.Jadi rugilah buat mereka yang meninggalkan sahur.Di snini kami kongsikan tips menu sahur yang sihat buat mereka yang berpuasa.

 

#1 Air Putih

air kosong

Seelok-eloknya mulailah sahur anda dengan meminum segelas air putih.Hal ini kerana selama berpuasa tubuh akan kehilangan banyak cairan.Jadi anda perlu mengambil jumlah air yang mencukupi untuk memastikan dalaman anda dalam keadaan baik.

 

#2 Buah-Buahan dan Sayur-Sayuran

buah

Sayur dan buah penting untuk mengelakkan sembelit berlaku ketika kita sedang berpuasa.

 

#3 Kurangkan Pengambilan kafein

kafein

Pengambilan kopi dan teh yang mengandungi kafein adalah kurang elok kerana ianya mengandung zat diuretic (zat yang membuat kerap kencing) yang boleh menyebabkan tubuh kekurangan cairan. Hal yang selama ini dianggap minum kopi bertujuan untuk menyegarkan badan, memang benar, namun itu paling lama bertahan 1-2 jam saja, setelah itu yang terjadi justeru perut terasa pedih dan tidak selesa.

 

#4 Hindari Makanan Yang Pedas Dan Berlemak

makanan pedas

Selama berpuasa, baik sahur mahupun berbuka,cuba hindari makanan yang mengandung lemak dan rasa pedas yang melampau. Selain bisa meningkatkan kolesterol darah, makanan lemak dan pedas bisa mengganggu proses pencernaan badan kita.

 

#5 Jangan Tidur Sejurus Bersahur

tidur

Cuba usahakan untuk tidak tidur setelah selesai sahur,hal ini kerana makanan yang kita makan pada saat sahur akan sia sia terbuang,makanan diproses menjadi tenaga.namun apabila anda tidur,tenaga yang dihasilkan terbuang sebegitu sahaja kerana kita tidak melakukan apa apa aktiviti.

 

#6 Karbohidrat

karbo

Pilihlah karbohidrat kompleks, seperti nasi rendah kolesterol atau roti gandum agar gula dalam darah akan menjadi stabil seharian.

 

#7 Jangan Lupa Ambil Kurma

kurma

Kurma,buah yang bersaiz kecil namun memberi kebaikan yang banyak untuk kita terutama sewaktu bulan puasa.Glukos semulajadi yang ada dalam buah kurma dapat membekalkan tenaga seharian untuk kita dan mengurangkan rasa lapar.

 

#8 Elakkan Makanan Bergoreng

goreng

Jika boleh,elakkan pengambilan makanan bergoreng sewaktu sahur.Makanan yang digoreng akan menyebabkan oksigen dalam badan berkurangan sehingga 20 persen.Ia merupakan penyebab utama anda berasa mengantuk di siang harinya.

8 Helah Menurunkan Berat Badan Dengan Hanya Duduk Di Kerusi Anda

0

Anda fikir hanya dengan makan ubat kurus boleh turunkan berat badan?Anda salah.Siapa kata kerja office tidak boleh exercise?Sekarang anda tidak boleh bagi alasan lagi sebab kat sini kami selitkan 10 helah untuk ‘lose weight’ dengan hanya duduk di kerusi anda!

 

#1 Set Masa Untuk Berdiri Setiap 20 Minit

#1

Anda mungkin telah mendengar tips ini berkali-kali sebelum ini, tetapi ianya sesuatu yang berbaloi untuk diulangi.Berdiri dengan kerap membantu untuk mencegah penambahan berat badan.Kajian mengatakan orang gemuk cenderung untuk duduk 2 hingga 5 jam sehari lebih jika mahu dibandingkan dengan rakan rakan mereka yang aktif dan berbadan kecil.Jadi,jika ingin cepat turunkan berat badan,jangan lupa untuk set alarm yang boleh mengingatkan anda untuk berdiri sebentar dan berjalan di sekeliling pejabat.

 

#2 Makanan Ringan Di Atas Meja Adalah Dilarang Sama Sekali!

#2

Jauhkan meja anda daripada segala jenis makanan yang dipanggil ‘junk food’ kerana ianya sememangnya akan mendatangkan penyesalan buat anda.Katakan tidak kepada coklat,biskut dan keropok yang tidak sihat!.Apabila anda tidak dikelilingi oleh godaan, ianya akan menjadi lebih mudah untuk anda menjauhkan diri dari makanan yang boleh menyebabkan pertambahan berat badan.

 

#3 Snek Yang Sihat Adalah Dibenarkan

#3

Kita semua pernah melalui waktu di mana kita perlu bergegas perlu untuk ke pejabat sehingga terlupa untuk mengambil sarapan pagi.Jadi,cadangan yang terbaik adalah menyediakan snek atau makanan yang kaya dengan serat dan protein.Kebanyakkan mereka selalu menyediakan ‘energy bar’ yang boleh membekalkan tenaga buat anda.

 

#4 Minum Air Berperisa Yang Semulajadi

#4

Kempiskan perut anda dengan menghirup air berperisa yang semulajadi.Yang menjadi trend sekarang adalah air detox.Bawa bersama air detox ke tempat kerja dan letakkannya dia atas meja anda.Detox sememangnya air ajaib yang dapat menurunkan berat badan tau!

 

#5 Jangan Lupa Untuk Menghirup Teh

#5

Teh hijau,hitam dan teh oolong mengandungi asid amino yang membawa kepada ketenangan minda.Ia juga boleh membantu mengurangkan kebimbangan sekaligus dapat mengelakkan seseorang makan secara berlebihan kerana tekanan emosi.Selain itu,ia juga membuat anda peka dan prihatin terhadap pilihan makanan anda.

 

#6 Zipkan Perut Anda!

#6

Ianya merupakan satu senaman yang sangat ringkas.Anda akan dapati perubahan yang ketara pada bahagian perut anda.Anda cuma perlu menarik nafas sambil mengempiskan perut anda selama 10 saat.Selamat mencuba!

 

#7 Gerakkan Kaki Anda!

#7

Senaman kaki boleh dilaksanakan di bawah meja anda.Sambil duduk,angkat kaki sehingga paras pinggul.Ulang 10-15 kali dan tukar kaki anda.Anda akan dapat rasakan proses pembakaran lemak berlaku pada bahagian kaki anda

 

#8 Tegangkan Otot Anda

#8

Tegangkan bahagian lutut anda dan tahan selama 10 saat.Tiada siapa akan perasan anda sedang melakukan senaman.Alih-alih,anda dah berjaya memperolehi ptongan kaki yang menarik.

 

Mengejar Lailatul Qadar,Malam Yang Lebih Baik Daripada Seribu Bulan

0

Lailatul Qadar adalah satu malam yang dijanjikan terjadi pada bulan Ramadhan.Ayat Al-Quran yang pertama dipercayai diturunkan pada malam ini.Malam ini disebut di dalam Al-Quran dalam surah Al-Qadr,dan diceritakan lebih baik daripada seribu bulan.

Saat pasti berlangsungnya malam ini tidak diketahui,namun menurut pandangan para ulama malam ini jatuh pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadan, tepatnya pada salah satu malam ganjil yakni malam ke 21, 23, 25, 27 atau ke-29. Tetapi ada juga sebahagian ulama yang menganggap ia berlaku pada malam genap seperti malam 24 Ramadan. Walau bagaimanapun, antara hikmah malam ini dirahsiakan agar umat Islam rajin beribadat di sepanjang malam khususnya di sepuluh malam yang terakhir.Berikut merupakan tanda-tanda Lailatul Qadar mengikut beberapa hadis serta pandangan para Ulama

 

 

  • Abi Ibnu Ka’ab telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda mengenai lailatul qadar yang artinya :

Sesungguhnya matahari yang keluar pada hari itu tidak begitu bercahaya (suram). Hadis riwayat imam Muslim dalam kitab puasa

 

  • Telah diriwayatkan daripada Nabi S.A.W bahawa baginda telah bersabda yang artinya :

Sesungguhnya tanda-tanda lailatul qadar, bahawa malamnya bersih suci seolah-olah padanya bulan yang bersinar, tenang sunyi, tidak sejuk padanya dan tidak panas, tiada ruang bagi bintang untuk timbul sehingga subuh, dan sesungguhnya tanda-tandanya matahari pada paginya terbit sama tiada baginya cahaya seperti bulan malam purnama tidak membenarkan untuk syaitan keluar bersamanya pada hari itu.Hadis riwayat imam Ahmad dengan isnad jayyid daripada Ibadah bin As-Somit

 

  • Dalam Mu’jam At-Tobarani Al-Kabir daripada Waailah bin Al-Asqa’ daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya :

Malam lailatul qadar bersih, tidak sejuk, tidak panas, tidak berawan padanya, tidak hujan, tidak ada angin, tidak bersinar bintang dan daripada alamat siangnya terbit matahari dan tiada cahaya padanya(suram).

 

  • Telah meriwayat Al-Barraz dalam musnadnya daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya :

Malam lailatul Qadar bersih tidak panas dan tidak pula sejuk.

Qadhi ‘Iyad telah mengatakan ada dua pendapat mengenai matahari yang terbit tanpa cahaya iaitu:

1) Ia merupakan tanda penciptaan Allah SWT.
2) Menunjukkan bahawa kerana terlalu banyak para malaikat yang berzikir kepada Allah pada malamnya dan mereka turun ke bumi yang menyebabkan sayap-sayap dan tubuh  mereka yang halus  menutupi dan menghalangi matahari dan cahayanya

 

Berdasarkan hadis-hadis di atas,kita dapat membuat kesimpulan bahawa tanda-tanda Lailatul Qadar adalah seperti berikut:

 

#1 Udara dan suasana pagi yang tenang

Ibnu Abbas radliyallahu’anhu berkata: Rasulullah sollahu’alaihi wa sallam bersabda:

“Lailatul qadar adalah malam tentram dan tenang, tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu dingin, esok paginya sang suria terbit dengan sinar lemah berwarna merah” (Hadist hasan)

 

#2 Cahaya mentari lemah, cerah tak bersinar kuat keesokannya

Dari Ubay bin Ka’ab radliyallahu’anhu, bahwasanya Rasulullahsollahu’alaihi wa sallam bersabda:

“Keesokan hari malam lailatul qadar matahari terbit hingga tinggi tanpa sinar terang” (HR Muslim)

 

#3 Terkadang terbawa dalam mimpi

Seperti yang terkadang dialami oleh sebahagian sahabat Rasulullah S.A.W.

 

#4 Bulan nampak separuh bulatan

Abu Hurairah radliyallahu’anhu pernah berkata: Kami pernah berbincang tentang lailatul qadar di sisi Rasulullah solallahu’alaihi wa sallam, beliau berkata,

“Siapakah dari kalian yang masih ingat tatkala bulan muncul, yang berukuran separuh nampan.”(HR. Muslim)

 

#5 Malam yang terang, tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang .

Sebagaimana sebuah hadis, dari Watsilah bin al-Asqo’ dari Rasulullah S.A.W :

“Lailatul qadar adalah malam yang terang, tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor bagi syaitan)” (HR. at-Thobroni dalam al-Mu’jam al-Kabir 22/59 dengan sanad hasan)

 

#6 Orang yang beribadah pada malam tersebut merasakan lazatnya ibadah, ketenangan hati dan kenikmatan bermunajat kepada Allah tidak seperti malam-malam lainnya.

 

Wallahua’lam.

15 Amalan Terbaik Sepanjang Ramadhan

0

Ramadhan adalah bulan terbaik untuk berusaha mengerjakan amal kebaikan sebanyak mungkin dek kerana bulan ini adalah bulan yang penuh dengan kemuliaan.Penting untuk kita mengetahui tentang fadhilat atau kelebihan melakukan amalan yang baik demi emotivasikan diri untuk berubah ke arah yang lebih baik.Berikut merupakan contoh amalan yang terbaik yang boleh kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan.Semoga kita semua peroleh keberkatan Allah di bulan yang mulia ini.

1. Mengutamakan sahur

Dari Anas radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah.” (HR Bukhari & Muslim)

Dari Zaid bin Tsabit radhiAllahu ‘anhu berkata:

“Kami sahur bersama-sama dengan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam, kemudian kami melaksanakan solat.” Ada seseorang bertanya: “Berapa lama antara sahur dengan solat itu?” Baginda menjawab: “Kira-kira 50 ayat.”            (HR Bukhari & Muslim)

Dari ‘Amr bin ‘Ash radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Kelebihan puasa kami dan puasa ahli Kitab adalah adanya makan sahur.”        (HR Muslim)

 

2.Tidak Melengahkan Waktu Berbuka Puasa Setelah Masuk Waktu

Dari Sahl bin Sa’d radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Manusia itu selalu dalam kebaikan selama mereka segera berbuka puasa.”      (HR Bukhari & Muslim)

Dari Anas radhiAllahu ‘anhu berkata:

“Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam sentiasa berbuka dengan beberapa biji ruthob (kurma yang baru masak) sebelum solat. Jika tidak ada ruthob (kurma yang baru masak), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam berbuka dengan tamar (kurma yang sudah kering). Jika tidak tamar (kurma yang sudah kering), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam meneguk air beberapa teguk.”                 (HR Abu Daud dan At-Turmudzi)

 

3.Doa Sepanjang Berpuasa Dan Sewaktu Berbuka Adalah Mustajab

Diriwayatkan oleh Turmudzi dengan sanad yang hasan, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Ada 3 golongan yang tidak ditolak do’a mereka, iaitu orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin negara yang adil dan orang yang teraniaya.”

 

4.Menghindari Perkara Perkara Yang Bertentangan Dengan Ibadah Puasa

Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alahi wasallam bersabda:

“Puasa itu adalah perisai, oleh kerana itu, apabila salah seorang di antara kamu sekalian berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah bertengkar/berteriak. Apabila ada seseorang yang mencaci-maki atau mengajak berkelahi, maka hendaklah ia berkata: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa”. (HR Bukhari & Muslim)

Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan perbuatan buruk, maka Allah tidak memerlukan ia meninggalkan makan dan minumnya.”          (HR Bukhari)

 

5.Menggosok Gigi Atau Bersiwak

Amir bin Rabi’ah berkata:

“Saya melihat Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersiwak dan beliau pada saat itu sedang berpuasa. Kerana seringnya, maka saya tidak dapat membilang dan menghitungnya.” (HR Bukhari)

Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu mengatakan bahwa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Andaikan tidak memberatkan umatku, niscaya mereka kuperintahkan bersiwak pada setiap kali berwudhu.” (HR Bukhari)

 

6.Banyak Menderma Dan Bermurah Hati

Dari Ibnu Abbas radhiAllahu ‘anhu katanya:

“Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam adalah seorang yang paling dermawan, dan sifat dermawannya itu lebih menonjol pada bulan Ramadhan yakni ketika ditemui Jibril. Biasanya Jibril menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan, dibawanya mempelajari al-Quran. Maka Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih murah hati melakukan kebaikan dari angin yang bertiup.” (HR Bukhari)

 

7.Memperbanyakkan Bacaan Al-Quran

(Hadith Ibnu Abbas di atas menyatakan bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bertadarus (mempelajari al-Quran) dengan Jibril pada setiap malam Ramadhan.)

Membaca al-Quran sememangnya amalan yang sunat dilakukan oleh ummat Islam, tetapi sempena bulan Ramadhan, hendaklah kita tumpukan betul-betul dan menggandakannya. Para ulama apabila tibanya bulan Ramadhan akan memberhentikan kuliah yang diajar mereka dan menumpukan kepada mempelajari al-Quran. Membaca untuk memahami al-Quran yakni mentadabbur al-Quran adalah lebih utama dari membaca laju untuk mengkhatamkannya beberapa kali pada bulan Ramadhan.

 

8.Memanfaatkan Waktu Malam Dengan Solat Sunat(Terawih)

Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:

“Barangsiapa yang mengerjakan solat sunnat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala dari ALLAH, maka akan diampunilah dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari & Muslim)

 

9.Jangan Tinggalkan Ibadah Pada 10 Malam Terakhir

Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata:

“Bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam apabila masuk sepuluh terakhir bulan Ramadhan. diramaikannya waktu malam, dibangunkannya ahli keluarganya dan diikat erat kain sarungnya.”(HR Bukhari & Muslim)

 

10.Beriktikaf pada 10 terakhir Ramadhan.

Dari Ibnu Umar radhiAllahu ‘anhu berkata:

“Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (HR Bukhari & Muslim)

Dari Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata:

“Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan sehingga Beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam dipanggil ALLAH Ta’ala, kemudian setelah beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam wafat, isteri-isterinya meneruskan kebiasaan Beliau itu.” (HR Bukhari & Muslim)

 

11.Memberi makan untuk berbuka puasa.

Dari Zaid bin Khalid Al-Juhanny radhiaAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Barangsiapa yang memberi makan untuk berbuka orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.” (HR At Turmudzy)

 

12.Duduk Di Masjid Sampai Matahari Terbit
Imam al-Tirmidzi meriwayatkan dari Anas, dari Rasulullah S.A.W , beliau bersabda:

“Siapa solat Subuh secara berjemaah, lalu duduk berzikir kepada Allah hingga matahari terbit, lalu solat dua raka’at, maka baginya seperti pahala haji dan umrah yang sempurna, sempurna , sempurna.”                                    (Disahihkan oleh Syaikh Al-Albani)

 

13.Umrah Pada Bulan Ramadhan

Telah diriwayatkan dari Nabi S.A.W baginda bersabda:

“Umrah pada bulan Ramadhan menyerupai haji.”
(HR. Al-Bukhari dan Muslim)

 

14.Menghidupkan Lailatul Qadar

Allah S.W.T berfirman:

“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur’an) pada malam kemuliaan.
Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?
Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.” (QS. Al-Qadar: 1-3)

Rasulullah saw bersabda:

“Dan siapa solat pada Lailatul Qadar didasari iman dan mengharap pahala, diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.”
(HR. Bukhari dan Muslim)

Adalah Nabi S.A.W berusaha mencari Lailatul Qadar dan memerintahkan para sahabatnya untuk mencarinya.
Beliau juga membangunkan keluarganya pada malam sepuluh hari terakhir dengan harapan mendapatkan Lailatul Qadar.

 

15.Zakat Fitrah

Zakat fitrah wajib dibayarkan sebelum berakhirnya bulan Ramadhan oleh umat Islam, baik lelaki atau perempuan, dewasa maupun anak-anak. Tujuannya adalah untuk mensucikan orang yang melaksanakan puasa dan untuk membantu fakir miskin.

 

 

Kredit:www.myibrah.com

 

Personaliti Tersembunyi Di Sebalik Perisa Aiskrim Kegemaran Anda!

0

Aiskrim!Aiskrim!Siapa yang tidak suka dengan aiskrim kan.Bezanya,lain orang lain perisa yang mereka gemarkan.Ada yang suka perisa coklat,ada suka vanilla,ada yang gilakan strawberry dan ada juga peminat tegar mint.Tapi,tahukah anda?di sebalik perisa aiskrim yang anda gemari,kita boleh korek personaliti seseorang.Menarik kan?

 

 

#Vanilla

vanilla-bean-ice-cream-11118-1

Vanilla adalah perisa yang ringkas serta ringan,namun peminatnya seorang yang ceria,idealistik,serta seorang yang berani mengamil risiko.Namun,kelemahan mereka adalah mereka gemar membuat keputusan terburu-buru.Mereka lebih bergantung kepada gerak hati mereka berbanding logik.Mereka jenis yang suka mengekspresikan emosi mereka.Mereka selalu berjaya dalam aspek hubungan.

 

#Strawberi

SONY DSC

Pencinta strawberi seorang yang bertoleransi.Pasangan mereka seorang yang beruntung kerana mereka seorang yang setia tau.Namun begitu,mereka dikatakan seorang yang ‘introvert’.Mereka biasanya seorang yang pendiam,tidak begitu terbuka dengan semua orang.

 

#Coklat

choc

Pasti ramai yang gemarkan perisa coklat kan.Jika ya,anda seorang penggoda,ya penggoda!Anda seorang yang bijak menarik perhatian orang lain.Anda juga suka akan suasana yang meriah.Anda seorang yang sangat menarik di mata orang lain.Namun,kelemahan anda adalah anda seorang yang mudah tertipu.

 

#Rainbow

rainbow

Bagi penggemar perisa rainbow,anda selalu bersikap ragu ragu dengan kemampuan yang anda ada.Jika anda membuat sesuatu,anda tidak yakin dengan keberhasilan usaha anda.Dalam membuat keputusan,anda seorang yang amat teliti kerana anda risau akan kesannya di kemudian hari.Jika mempunyai masalah,anda akan memikirkan masalah anda dengan begitu mendalam.

 

#Rocky-Road

rocky

Peminat tegar Rocky-Road seorang yang agresif.Namun begitu,mereka seorang pendengar yang setia tau.Apa yang mereka inginkan,selalu tercapai.Kelemahan mereka adalah mereka cenderung untuk melukakan hati orang di sekeliling mereka.

 

#Coffee

coffee

Sapa penggemar coffee angkat tangan?Jika anda orangnya,anda seorang yang dramatik.Anda kurang titikberatkan soal masa depan.Anda hanya mahu menikmati masa yang tengah anda lalui sekarang.Namun anda seorang yang sangat menghargai detik detik indah anda bersama yang tersayang.

 

#Chocolate Chip

choc chip

Jika anda memilih chocolate chip,anda seorang yang bersifat pemurah atau murah hati.Anda tidak lokek untuk menghulurkan bantuan pada yang memerlukan.Anda juga seorang yang berwibawa,sesuai untuk dijadikan ketua atau pemimpin.

 

#Butter Pecan

Homemade Butter Pecan Ice Cream

Peminat Butter Pecan seorang yang gemarkan sesuatu yang eksklusif.Mereka sangat teliti dalam melaksanakan sesuatu hal.’Respect’ adalah sesuatu yang sangat mereka titikberatkan.Mereka sangat menghormati orang lain.Mereka juga seorang yang tegas dalam soal kebenaran atau kesalahan dan sangat takut jika mereka ada melukakan perasaan seseorang.

 

Kesilapan Yang Kerap Dilakukan Dalam Bulan Ramadhan

0

Bulan Ramadhan,bulan yang dinantikan oleh semua umat Islam.Bulan untuk mengerjakan ibadah dan peroleh pahala yang berlipat ganda.Namun,di bulan yang mulia ini,kita turut tak terlepas dari melakukan kesilapan.Ambil kesempatan ini untuk memperbaiki kesilapan kesilapan yang kerap kita lakukan di bulan Ramadhan ini.

 

  1. Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam)

2. Tidak menunaikan solat ketika berpuasa

3. Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja kerja di siang hari dengan alasan berpuasa

4. Wanita bertarawih beramai ramai di masjid tanpa menjaga aurat

5. Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka

6. Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam

7. Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih

8. Lelaki hadir ke masjid dengan berbau busuk,perempuan pula berwangi secara berlebihan.

9. Berbuka dengan merokok,atau selain makan minum

10. Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat

11. Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram

12. Bersahur dengan hanya makan dan minum sahaja tanpa ibadah lain

13. Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah’ bagi sahur

14. Hadir berjemaah Solat Tarawih,tapi tidak berjemaah solat 5 waktu

15. Terlalu sibuk dengan persiapan raya,terutama pada 10 hari terakhir.