13 Pulau Cantik Di Malaysia Yang Mungkin Belum Anda Ketahui

0
900

Anda pasti teruja jika anda tahu bahawa Malaysia juga mempunyai pulau-pulau yang sangat cantik dan tidak kurang hebatnya jika mahu dibandingkan dengan pulau pulau dari luar negara.Paling penting,anda masih berpeluang untuk mencipta detik detik indah tanpa mengeluarkan bajet yang banyak untuk ke luar negara.Jadi disini,kami menginspirasikan anda dengan 13 senarai pulau yang cantik dan eksotik yang pasti akan memukau anda.

 

1. Pulau Bohey Dulang, Semporna,Sabah

Bohey Dulang2

bohey6

Pulau Bohey Dulang merupakan salah satu pulau di dalam gugusan Taman Laut Tun Sakaran.Pulau ini memakan masa 1 jam perjalanan dari pekan semporna menaiki bot. Keindahan hiking dan pemandangan dari atas menjadi tarikan pelancong. Bukan itu sahaja, Terdapat sebuah bukit tapak arkeologi jarak 20 minit dari pekan semporna,anda boleh menuju ke sana menaiki kenderaan darat.

Tarikan di sini:

  • Snorkeling
  • Mendaki puncak Bohey Dulang
  • Melihat kehidupan laut yang hampir pupus – Kima
  • Scuba diving

 

2. Pulau Kapalai,Semporna,Sabah

Kapalai_Island

Tiada perkataan yang benar-benar cukup untuk menggambarkan keindahan Pulau Kapalai. Pulau ini merupakan salah satu daripada pulau tiga serangkai iaitu Mabul-Kapalai-Sipadan. Kedudukan ketiga-tiga pulau ini sangat dekat, boleh dilihat dengan mata kasar apabila berada di salah sebuah pulau berkenaan. Kapalai adalah sebuah pulau yang sangat sesuai untuk melakukan aktiviti scuba diving mahupun snorkling. Ia merupakan syurga bagi penyelam.Kapalai dikatakan unik kerana ia bukanlah seperti pulau-pulau yang lain. Kapalai hanyalah sebuah pulau yang tiada pulaunya, hanya secebis hamparan pasir sahaja kelihatan.Anda boleh bermalam di chalet yang mempesonakan iaitu chalet atas air iaitu Sipadan Kapalai Dive Resort. Resort ini dikelilingi air laut yang bersih dan jernih serta mempunyai kekayaan hidupan laut yang menakjubkan!

kapalai2

Tarikan di sini:

  • Scuba diving
  • Snorkeling
  • Tengok sunset

 

3. Pulau Banggi,Kudat,Sabah

banggi 2

pulau-banggi-img_6593

Namanya jarang didengar,namun tahukah anda bahawa Pulau Banggi merupakan pulau yang paling besar di Malaysia,lebih besar dari Pulau Pinang dan Pulau Langkawi.Bagi pencinta alam,Pulau Banggi adalah destinasi yang tepat kerana pulau ini mempunyai gabungan pantai pasir putih yang indah bersama hutan tebal yang masih dikekalkan.

Tarikan di sini:

  • Jungle trekking
  • Tidur di ‘rumah pokok’
  • belajar adat orang tempatan disini

 

4. Pulau Aur,Mersing,Johor

aur

aur 2

Pulau Aur merupakan salah satu dari gugusan pulau yang indah di Laut Cina Selatan di persisiran laut Johor, Malaysia. Pulau Aur merupakan salah satu daripada kawasan Taman Marin Johor. Pulau Aur juga merupakan salah satu tapak penyemaian Kerang Gergasi (giant cockle).Pulau Aur memiliki banyak spesies hidupan marin dalam air. Ia juga dijadikan tempat berhenti para nelayan. Sungguhpun agak kecil, pulau Aur mempunyai banyak lokasi yang sesuai untuk aktiviti menyelam dan snokling.

Tarikan di sini:

  • snorkeling
  • scuba diving
  • pelbagai spesies hidupan marin
  • kerang gergasi

>
5. Pulau Tenggol,Dungun,Terengganu

pulau-tenggol-dungun-terengganu-malaysia

tnggol 2

Pulau Tenggol adalah salah sebuah lokasi peranginan yang terletak di perairan Terengganu.Tarikan utama pelancong ke sini adalah untuk mencuba aktiviti scuba diving.Terdapat banyak lokasi menyelam di sekitar perairan pulau ini yang mempunyai tarikan tersendiri seperti melihat tinggalan kapal karam,penyu dan ikan Yu Paus yang amat jarang ditemui.Anda juga berpeluang melihat pelbagai  hidupan laut yang unik seperti Nudibranch dan Clownfish.

Tarikan di sini:

  • scuba diving
  • tinggalan kapal karam
  • penyu
  • ikan yu paus
  • hidupan laut yang unik ( Nudibranch dan Clownfish )

6. Pulau Bum Bum,Semporna,Sabah

bumbum2

bum_bum_island_2_by_aqim22-d4qo8m5

Pulau Bum Bum dikatakan saiz pulau sebesar Singapura. Fulamak besarnya! Antara pulau yang mempunyai ramai penduduk dan pada hari ini sudah ada pembangunan di lakukan di sekitar pulau tersebut.Walaupun Pulau Bum-Bum bukan sebuah pulau pelancongan tetapi airnya masih lagi ‘crystal clear’

Tarikan di sini :

  • mengutip pelbagai jenis spesies moluska (siput)
  • snorkeling
  • scuba diving


7. Pulau Mataking,Semporna,Sabah

pulau-mataking-photo-gallery

mking 2

Lautnya yang biru dan pasir pantainya yang  putih bersih merupakan identiti utama pulau bergelar Mataking ini. Ia merupakan salah satu sebab utama pelancong gemar mengunjungi pulau ini. Pulau ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik yang melibatkan darat dan laut. Bagi mereka yang menggemari aktiviti scuba diving,anda bole mengunjungi beberapa buah tapak scuba diving yang menarik seperti turle playground, nudibranch heaven, hump head point dan coral garden. Bagi mereka yang tidak berapa gemar dengan aktiviti scuba diving pula, bolehlah cuba aktiviti seperti jungle trekking, melukis batik, memanjakan diri di spa, berkayak atau berjalan kaki ke pulau Mataking Kecil

Tarikan di sini :

  • scuba diving
  • jungle trekking
  • melukis batik
  • berkunjung ke spa
  • berkayak


8. Pulau Rawa,Besut,Terengganu

rawa 2

rawa1

Keindahan pulau ini setanding dengan keindahan pulau di luar negara.Pulau Rawa ialah sebuah pulau yang kecil dan tidak didiami. Ia terletak di barat laut Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil. Walaupun Pulau Rawa ini kecil sahaja, terumbu karangnya sangat cantik dan berwarna warni.

tarikan di sini:

  • snorkeling
  • terumbu karang yang berwarna warni


9. Pulau Rawa,Mersing,Johor

rawa johor3

rawa johor

Pulauj-Rawa-2 jo

Anda pasti keliru dengan lokasi sebenar Pulau Rawa,Terengganu atau Johor? Sebenarnya Johor juga ada Pulau Rawa mereka yang tersendiri. Pulau Rawa di Johor ini dimiliki oleh Sultan Johor.Bagi Anda yang inginkan suasana segar dan relaks sambil menikmati pemandangan yang indah,Pulau Rawa pasti akan menjadi pilihan yang tepat buat anda. Bukan sahaja keindahan pantainya yang menjadi tarikan,malah apa yang lebih unik di sini adalah wujudnya habitat merpati putih yang banyak berkeliaran di pantai ini..Bagi yang bercuti bersama rakan rakan,anda bolehlah mencuba gelongsor yang direct terus ke laut!

Tarikan di sini:

  • berkayak
  • gelongsor laut
  • snorkeling

 

10. Pulau Sibu,Mersing,Johor

Sibu-Island1

Jika anda ingin lari sebentar daripada kesibukan tugasan harian, Pulau Sibu mungkin pilihan terbaik.Bagi golongan muda yang gemar akan aktiviti lasak,anda boleh mencuba aktiviti seperti memanah dan flying fox.Bagi yang menggemari aktiviti air pula,para pengunjung bolehlah mencuba aktiviti berkayak atau banana boat.

Tarikan di sini:

  • memanah
  • flying fox
  • berkayak
  • banana boat

 

11. Pulau Timba Timba, Semporna,Sabah

timba 1

timba-2

Warna air laut 3 layer yang amat unik serta hidupan laut yang jarang ditemui menjadikan pulau ini salah satu pulau yang indah di Malaysia.Satu garisan pemisah laut boleh dilihat dengan begitu jelas.

Tarikan di sini:

  • scuba diving
  • hiking
  • berkayak

 

12. Pulau Sibuan, Semporna, Sabah

sibuan

pulau-sibuan-semporna-sabah2

Pulau ini pernah menjadi tumpuan diver a.k.a penyelam sebelum Pulau Sipadan dan pulau-pulau lain menjadi terkenal.Pulau ini terletak di dalam rangkaian Taman Marin Tun Sakaran.

Tarikan di sini:

  • snorkeling
  • scuba diving
  • mandi pantai

 

13. Pulau Kapas,Marang,Kuala Terengganu

kpas

kpas3

pulau-kapas-02

Suatu ketika dahulu,pulau ini hanya menjadi tempat persinggahan nelayan atau tempat berlindung daripada dipukul ribut. Hari ini, Pulau Kapas semakin dikenali sebagai salah satu destinasi pelancongan yang indah.Mereka yang berkunjung di sini bukan sahaja boleh bermandi manda,malah dapat mencuba aktiviti menarik seperti snorkeling,berkayak,scuba diving dan jungle trekking. Apa yang lebih unik disini,anda boleh menyertai pertandingan istana pasir yang dianjurkan di sini!

Tarikan di sini

  • snorkeling
  • scuba diving
  • berkayak
  • jungle trekking
  • pertandingan istana pasir

 

 

LEAVE A REPLY