Pelukis ‘Kudung’ berjaya hasilkan 700 Lukisan Luar Biasa!

0
447

Kecacatan fizikal individu ini bukan satu alasan buat dirinya untuk meneruskan minatnya dalam bidang seni lukisan.Walaupun beliau tidak mempunyai fizikal tangan yang sempurna,pelukis ini mampu menghasilkan lukisan yang luar biasa!

fi

Nama individu hebat ini ialah Mariusz Kedzierski,seorang pelukis hebat yang berasal dari Swidnica,barat daya Poland.Beliau melukis seperti seorang pelukis profesional dengan mangapit pensel dan pen pada hujung kedua dua belah tangannya yang kudung.

air

Beliau mengambil masa sekurang kurangnya 20 jam bagi menyiapkan sebuah potret.Beliau juga pernah habiskan masa kira kira 4 hari untuk menghasilkan sebuah karya yang benar benar hebat.

3

Selama 7 tahun berkecimpung dalam dunia seni lukisan,beliau telah berjaya menghasilkan lebih 700 buah lukisan yang hebat.Lukisan beliau kelihatan amat realistik dan sukar dipercayai bahawa lukisan sempurna sebegitu dihasilkan oleh seorang yang kurang sempurna fizikalnya.

mata

078789400_1454418428-Kedzierski5

Buktinya,beliau pernah memenangi tempat kedua pada Anugerah Artis Terbaik Global pada tahun 2013.

mariusz5

Yang terbaru,beliau sedang mengusahakan satu projek yang dinamakan Mariusz Draws.Beliau akan mengembara ke seluruh Eropah untuk melukis di jalanan.

000

budak girl

Mariusz mengakui,beliau pernah berasa kesal akan nasib yang menimpa dirinya.Namun beliau akhirnya akur dan membuat keputusan untuk bangkit dengan menyertai Akademi Seni Lukis&Reka Bentuk E.Geppert di Wroclaw.

old lady

Beliau ingin memberi inspirasi kepada orang ramai bahawa tiada halangan untuk melakukan sesuatu yang hebat.

Mariusz-Kędzierski-6

“Berjuanglah demi impian anda dan nikmati kehidupan dengan cara yang lebih baik tanpa membuang masa meratapi kekurangan diri,” katanya yang berharap menjadi pakar motivasi suatu hari nanti.

LEAVE A REPLY