Makanan Thailand Ini Bisa Membuat Anda Menangis Untuk Merasainya!

0
984

Perkara pertama yang akan ditanya mereka apabila anda berkunjung ke Thailand adalah sudahkah anda mencuba makanan di sana?Hal itu jelas menunjukkan bahawa makanan Thailand merupakan sesuatu yang tidak dapat ditolak dek kerana kelazatannya yang melampau.Jadi bagi peminat tegar makanan thai,kami disini telah menyenaraikan 12 makanan thai yang wajib anda cuba!

 

#1 Tom Yam Goong

tom yam

Tom Yam Goong boleh dikatakan sup thailand yang paling famous.Aroma tradisi Thailand yang kaya dengan campuran herba herba wangi.Serai,daun limau,lengkuas,bawang merah,cili dan sos ikan pasti memberi rasa yang gempak.Udang besar dan cendawan dimasukkan bagi menyerikan hidangan.Gabungan rasa pedas dan masam pasti membangkitkan selera.

#2 Pad Thai

pad thai

Merupakan ikon kuliner thai,di mana satu satunya makanan yang menyandang nama Thai.Senang dikenali sebagai kuetiow goreng khas Thai.Pad membawa maksud goreng dalam bahasa Thai.Pad Thai digoreng bersama tauge dan daun kucai.Ianya juga disajikan dengan daging atau seafood.Aroma bawang putih dan sos ikan membuat anda tidak sabar untuk mencuba masakan panas ini.Ciri khas yang paling menonjol dari Pad Thai adalah taburan kacang tanah goreng yang ditumbuk kasar serta perahan limau nipis.

 

#3 Kue Tiow Sup Thai

kue tiow sup

Kue Tiow Sup Thai ini juga mudah didapati di Malaysia,di gerai atau restoran yang diusahakan oleh orang Thailand.Sup yang disajikan mempunyai rasa kelainan yang cukup membuat anda rasa berselera.Gabungan menarik lobak masin,sos ikan,bawang goreng,daun mambu berserta rincihan ayam atau daging sudah tentu mampu membuat anda tidak boleh berhenti!

 

#4 Som Tam

som tam

Lebih mesra dikenali sebagai ‘salad betik pedas’.Walaupun asal usul makanan ini dari kawasan luar bandar Thailand,namun makanan ini bertaraf lima bintang!Betik dan mangga yang belum dimasak disagat dan dicampur bersama tomato,kacang panjang,cili,limau dan sos ikan.Lazat disajikan dengan pulut.

 

#5 Pad Ped

padped

Bagi mereka yang baru berminat untuk mencuba masakan Thai,Pad Ped merupakan permulaan yang baik untuk anda.Pes Rempah,daun daun herba,dan santan sudah tentu dapat menambat hati anda.Sedap dihidangkan bersama sepinggan nasi beras jasmin yang wangi.Ianya tidak sesuai dimakan begitu sahaja tanpa nasi.

 

#6 Tom Kaa Gai

tom kaa gai

Boleh dikatakan sup yang paling segar di seluruh dunia.Tom Kaa Gai senang dikenali sebagai ayam yang direbus bersama lengkuas.Gabungan santan bersama lengkuas,serai dan ayam pasti memberi rasa yang unik.Rasanya manis,membawa sedikit kelainan daripada Tom Yam Goong.Di atas meja yang penuh dengan hidangan Thai yang lazat,Tom Kaa Gai pasti antara masakan yang paling menonjol!

 

#7 Kao Phad

kao pad

Kao Phad adalah nasi goreng versi Thailand.Bagi kebanyakan orang Thai, nasi goreng adalah makanan yang menjadi kebiasaan mereka. Variasinya yang pelbagai, dan hidangan yang sering terhasil daripada penambahbaikan oleh si tukang masak.Namun di kebanyakan restoran-restoran makanan laut di seluruh negara adalah puu khao phat yang mudah tetapi lazat, nasi goreng dengan ketulan enak ketam dan telur yang digaul bersama nasi goreng.

 

#8 Khao Man Gai ( Nasi Ayam Thai )

Steamed Chicken over Rice

Hidangan yang sering disajikan pada waktu siang di gerai dan restoran istimewa Khao Man Gai.Ayam direbus dengan baik sehingga isinya menjadi lembut.Air rebusan tersebut pula digunakan untuk proses menanak nasi.Rasa nasi ayam thai ini memang lazat,namun ianya tinggi dengan kolesterol.Sesuai dihidangkan bersama sup ayam berserta sosnya yang pedas pedas manis.

 

#9 Khao Neow Ma Muang

pulut mangga

Pulut mangga thai atau namanya Khao Neow Ma Muang merupakan salah satu dessert yang popular.Ianya bukan sahaja digemari masyarakat Thai,tetapi turut digemari oeh mereka di luar Thai termasuklah dessert lovers di Malaysia.Di negara gajah putih,dessert ini mudah didapati terutama ketika musim mangga antara bulan Mac-Jun.Resipinya amat mudah,hanya pulut,santan lemak manis bersama heronya mangga!

 

#10 Mieng Kham

Ten Speed- Simple Thai Food Cookbook

mieng kham 2

Ianya hidangan pembuka selera bagi orang Thailand ala-ala makan sirih, style nenek-nenek kita dulu,namun ini versi yang lebih sedap lagi menyelerakan.Bahan-bahan yang ada dalam sirih daun kaduk tu best, ada kacang tanah yang dah di goreng, bawang merah, halia, limau nipis, kepala parut muda, cili padi dan bunga kantan. Semuanya di racik halus. Kemudian ada sos mieng kham,bahan bahannya terdiri daripada gula melaka, sos ikan, bawang, halia,air asam jawa yang dikisar bersama.

 

11# Tab Tim Krob

tabtimkrob

Buah berangan air dengan Sirap dan santan adalah bahan utama dessert ini. Resipi ini sangat sedap dan menyegarkan apabila dimakan dengan ais yang disagat.Jika anda berkunjung ke Thailand anda pasti dapat melihat dessert ini dijual di merata tempat kerana ianya sangat popular dan yang paling penting sangat murah!

 

12# Kerabu Maggi Thai

kerabu maggi

Pasti ramai yang menggemari kerabu,tetapi kebanyakan rakyat Malaysia sudah familiar tentang kerabu mempelam.Thailand membawa keunikan kerabu dengan memperkenalkan kerabu maggi yang mempunyai rasa yang sangat menarik.Rasanya yang pedas dan masam pasti menepati citarasa anda!

LEAVE A REPLY