10 Kesilapan Packing Beg Pakaian Yang Akan Spoilkan Mood Percutian Anda!

0
324
luggage stuffing

Packing beg pakaian juga merupakan salah satu aspek yang perlu anda titikberatkan sebelum memulakan perjalanan percutian idaman anda.Mungkin segelintir daripada kita menganggap ianya suatu hal yang remeh,tapi sebenarnya,kesilapan kecil seperti ini la yang dapat merosakkan mood anda untuk bercuti bersama rakan atau keluarga tersayang.Berikut merupakan kesilapan mengemas beg pakaian yang selalu anda lakukan.Take note tau!

 

 

#Kesalahan1 : Kamu Ragu Ragu Dan Sukar Membuat Pilihan

Q1

Kesalahan terbesar yang anda lakukan di sini adalah overpacking.’Over Packing’ terjadi apabila anda tidak mampu membuat keputusan yang tepat semasa memilih pakaian yang perlu dibawa.Anda mahu bawak yang itu,bawak yang ini,akhirnya semua sekali anda masukkan ke dalam beg pakaian anda.Apabila sedang bercuti,anda sedar bahawa anda telah overpacking!

 

#Kesalahan2 : Buat Kerja ‘Last Minute’

Q22

Bila kamu buat kerja last minute,automatik kamu akan jadi menggelabah,stress dan tidak boleh berfikir dengan baik.Akhirnya,kamu packing terlalu banyak barang.Part yang paling geramnya,apabila kamu tersedar yang kamu tertinggal barang yang penting,barang yang memang anda perlukan.

 

#Kesalahan3 : Terlupa Periksa Keadaan Cuaca Destinasi Yang Hendak Dituju

Q3

Zaman moden ini,semua maklumat boleh didapati di hujung jari anda.Gunakan gadget anda sebaik mungkin,anda boleh periksa keadaan cuaca semasa di destinasi yang ingin anda tuju,Jadi tidaklah anda tersilap bawak baju panas di musim panas.Jalan selamat,sediakan cardigen atau jaket sebagai langkah berjaga jaga.

 

#Kesalahan4 : Anda Melipat Pakaian,Sedangkan Teknik Menggulung Pakaian Lebih Baik

Q4

Anda harus tahu yang teknik menggulung pakaian adalah teknik terbaik,kerana ianya dapat menjimatkan ruang di dalam beg.Letakkan pakaian yang berat seperti jeans dan sweater di bahagian bawah diikuti dengan pakaian yang ringan di bahagian atas.

 

#Kesalahan5 : Anda Terlupa Tentang ‘Ole Ole’

Q5

Tidak sah la percutian kalau tidak bawa pulang ole ole dari tempat orang kan.Tapi kalau shopping tanpa had boleh membuatkan anda gagal untuk menzipkan beg pakaian anda untuk dibawa pulang.Langkah selamat di sini adalah kamu harus membawa beg mini ekstra yang bole dijadikan tempat simpan barang shopping anda!

 

#Kesalahan6 : Kamu Membeli Semua Pakaian Baru

Q6

Kamu membeli pakaian baru untuk dibawa bercuti,acah acah nak kelainan.Namun,ianya juga boleh menyusahkan kamu tau?Anda harus periksa terlebih dahulu fabrik pakaian yang hendak dibawa.Seharusnya,kamu tetapkan pendirian dengan membawa pakaian yang sudah semestinya memberi keyakinan kepada kamu!

 

#Kesalahan7 : Berkongsi Beg Pakaian

Q7

Kadang,kamu terfikir kamu malas untuk membawa beq pakaian,jadi kamu membuat keputusan untuk berkongsinya bersama pasangan anda.Namun ada tidak anda fikir,jika hilang beg tersebut,tiada apa apa yang tinggal untuk kamu.Itu sudah tentu lebih teruk kan?

 

#Kesalahan8 : Anda Tidak Asingkan Barang Toiletries

Q8

Barang barang toiletries seperti ubat gigi,shampu,gel mandian adalah barang yang berkemungkinan untuk tumpah.Jadi untuk mengelakkan perkara ini berlaku,anda perlu asingkan barang barang ini di dalam beg asing yang khas untuk mereka.Hal ini sekaligus dapat mengelakkan barang barang penting seperti ini tertinggal!

 

#Kesalahan 9 : Kamu Tidak Membuat List Barang Yang Perlu Dibawa

Q9

Membuat senarai boleh elakkan anda tertinggal barang barang yang penting.Anda senaraikan satu persatu barang yang telah anda bawa.Sesudah itu,jangan pula buang kertas itu ke dalam tong sampah,sebaiknya bawalah ia bersama anda.Anda akan perlukannya untuk cek semula barang agar tiada yang tertinggal di hotel atau mana mana tempat anda menginap.

 

#Kesalahan10 : Kamu Terlupa Soal Makanan

Q1O

Anda sebenarnya perlu membawa sedikit makanan bersama yang mungkin berguna dalam waktu kecemasan,siapa tahu kan?Bawa bersama makanan yang sihat seperti roti atau bar yang memberi tenaga.Ianya pasti berguna buat anda!

LEAVE A REPLY