12 Kafe Hipster Yang Mesti Anda Kunjungi di Shah Alam!

0
21525

Kedai HIPSTER kini tidak asing lagi bagi warga kota dan sedang menjadi trend yang hangat dalam masyarakat kita. Cafe berkonsep begini dilihat banyak ‘tumbuh’ di bandar yang menjadi tumpuan seperti Shah alam,bak kata pepatah,di mana ada gula,di situ ada semut. Jadi disini,kami telah senaraikan 12 Cafe Hipster di Shah Alam yang mesti anda kunjungi!

1. Foodsbury

bury

bury2

Tempat yang sempurna untuk pencinta kopi menikmati pelbagai jenis kopi seperti Cappucino, Mocha, Café Latte, Hazelnut Latte, Mocha Caramel, Signature Surprise dan banyak lagi. Makanan barat klasik dan lazat turut disajikan seperti Lamb Carbonara, Lasagna, Seafood Aglio Olio dan Bolognese Spaghetti. Bagi penggemar ‘Desserts’,anda boleh cuba menu best-seller mereka seperti Almond Salted Caramel Cake, Mille Crepe Cake, Cheese Cake Brownies dan kek cawan berwarna-warni. Layari Instagram dan Facebook Foodsbury.

Status: Halal

Alamat: Foodsbury Cafe @ Wisma Faizazrina 24, Jalan Tengku Ampuan Zabedah A9/A Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor.
Waktu operasi: Dibuka setiap hari dari 12 tengahari hingga 11 malam.
Telefon: +6013-386 1848

 

2. Chemistry Cafe+Lab

lab

lab2

Cafe yang sememangnya unik bagi mereka yamg inginkan kelainan.Cuba anda bayangkan diri anda seolah olah berada di makmal kimia di zaman anda bersekolah dahulu.Chemistry Café+Lab adalah kafe pertama yang menggunakan konsep makmal dalam kafe. Lebih menarik, kafe ini menggunakan peralatan makmal tulen untuk pelanggan seperti tabung uji,bikar,kelalang kon dan lain lain.Khusus dalam kopi dan minuman, kafe ini juga menawarkan pelbagai jenis kek dan pastri yang menyelerakan. Layari Instagram dan Facebook Chemistry Café+Lab.

Status: Halal

Alamat: 26 Jalan Kristal J7/J Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Malaysia.
Waktu operasi:
Isnin – Khamis = 12 tengahari hingga 1 pagi
Jumaat = 3 petang hingga 1 pagi
Sabtu & Ahad = 10 pagi hingga 2 pagi
Telefon: +6017-6262 7979

 

3.Cake Jalan Tiung

cake tiung

Kafe ini diinspirasikan oleh seorang isteri yang mempunyai suami yang gemar akan manisan.Cake Jalan Tiung diusahakan oleh pasangan suami ister Shafinaz dan Hidzat. Si isteri memanfaatkan bakat yang beliau ada maka wujudlah Cake Jalan Tiung, sebuah cafe kek yang cantik dengan hiasan dalaman yang akan membuat anda terkesima. Hidangan kek yang dijual juga sangat enak dan diletakkan pada harga yang berpatutan. Layari Instagram dan Facebook Cake Jalan Tiung.

tiung sedap

tiung 2

Status: Halal

Alamat: 31M, Jalan Tengku Ampuan Zabedah J 9/J, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor.
Waktu operasi: Rabu – Ahad = 12 tengahari hingga 8 malam. Tutup pada Isnin dan Selasa.
Telefon: +6012-9512 887

 

4. Kopimeo

meo

Satu lagi kafe yang diusahakan oleh Pasangan suami isteri,Meor dan Leena.Mereka membawa visi untuk menjadikannya salah satu kafe kontemporari paling digemari ramai dengan menyediakan hidangan lazat disertakan sentuhan klasik barat namun masih tetap mengekalkan ciri-ciri tempatan dalam setiap hidangan. Info lanjut sila ayari Instagram Kopimeo.

meo 2

Status: Halal

Alamat: 29, Jalan Tengku Ampuan Zabedah B 9/B, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor.
Waktu operasi: Sabtu – Khamis = 12 tengahari hingga 10 malam.
Telefon: +6012-2060 326

 

5.Brew&Bread

brew

brew2

Brew&Bread merupakan salah satu kafe yang paling terkenal di kalangan penduduk di Kota Kemuning. Kafe ini mengalu alukan mereka yang ingin memburu kopi yang sedap dan beraroma.Kualiti kopi dan makanan yang dihasilkan amatlah dititikberatkan di sini.. Suasana di sini juga agak santai dengan berlatar belakangkan iringan muzik akustik yang sungguh menenangkan. Jangan lupa untuk layari Facebook Brew&Bread untuk info lanjut.

Status: Halal

Alamat: 10, Jalan Anggerik Vanilla M 31/M, 40460 Shah Alam, Selangor.
Waktu operasi: Jumaat – Rabu = 8 pagi hingga 7 malam. Tutup pada Khamis.
Telefon: +603-5131 5201

 

6. Holy Smoke Cafe

smoke

smoke 2

Anda boleh memilih samada anda ingin makanan barat atau makanan orang asia jika anda berkunjung ke Kafe ini. Setiap pilihan menu disediakan dengan standard masakan yang tinggi dan ditawar pada harga yang berpatutan.Seiring dengan namanya, kafe ini turut menyediakan shisha dan cigar. Pelbagai Dessert yang boleh dipilih antaranya Chocolate Platter iaitu Choclat Banana Hazelnut Mouse With red Berries Sauce and fruit caviar dan satu lagi Chocolate Brownies with Ice Cream.Top dessert yg ada di sana iaLAH Banana Fritters Ala Mode. Layari Instagram dan Facebook Holy Smoke Cafe.

Status: Halal

Alamat: 65 Jalan Bola Jaring 13/15, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.
Waktu operasi:
Dibuka setiap hari
Isnin – Khamis = 12 tengahari hingga 3 petang
Jumaat = 5.30 petang hingga 11 malam
Sabtu & Ahad = 3 petang hingga 11 malam
Telefon: +603-5511 8018

 

7. Bert’s Cafe

berts

berts2

Siapa suka pedas,Bert’s Cafe pasti akn membuat anda berpuas hati dengan hidangannya.Menu yang dihidangkan disertakan dengan nama yang gempak-gempak.Kari Kapten mereka antara yang berjaya menarik perhatian pelanggan mereka. Dengan hiasan dalaman yang indah, ia sangat sesuai untuk dijadikan tempat beristirehat bersama keluarga dan rakan-rakan. Layari Instagram dan Facebook Bert’s Cafe.

Status: Halal

Alamat: 6, Jalan Selasih K U12/K, Taman Cahaya Alam, 40170 Shah Alam, Selangor.
Waktu operasi: Selasa – Ahad = 12 tengahari hingga 11 malam. Tutup pada Selasa.
Telefon: +6017-2255 597

 

8. The Sumbs

sumbs

sumbs2

Kafe yang dimiliki oleh selebiriti terkenal yang memegang gelaran ‘Master Chef Selebriti’, Dato’ Fazley Yaakob menginspirasikan The Sumbs yang menawarkan perbagai kategori makanan seperti Appetizer & Snack Delights, Pasta Delights, Sandwich Delights, Calzone, Western Delights, Local Delights dan Dessert Delights.Ramai yang berkunjung ke sini untuk mencuba churros yang dikatakan amat lazat. Layari Instagram dan Facebook The Sumbs.

Status: Halal

Alamat: Block 7 Persiaran Alami, Pusat Perniagaan Worldwide, Persiaran Akuatik, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Malaysia.
Waktu operasi: Sabtu – Khamis = 12 tengahari hingga 11 malam. Tutup pada Jumaat.
Telefon: +6017-2888 658

 

9. The Teapot Deli

tpot deli

tpot deli2

Cafe ini mempunyai dekorasi yang sangat sweet ala-ala English style dengan gubahan bunga bunga menghiasi dinding.Di sini anda wajib mencuba pai ayam mini mereka, atau trifle buah-buahan manis yang sangat lazat.satu hal lagi,ramai yang memuji ayam bakar mereka,rugilah jika anda tidak cuba!

Status: Halal

Alamat: Lot 2F-29, 2nd Floor, SACC Mall, 40000 Shah Alam, Selangor.
Waktu operasi:
Isnin – Khamis = 11 pagi hingga 9.30 malam
Jumaat – Ahad = 11 pagi hingga 10 malam
Telefon : +6019-277 3043

 

10. Small Gas Cafe

gas

gas2

Hidangan yang terkenal disini adalah Waffle Burger,Small Gas Drinks,Curry Chicken Prawn Rice,Fruitylicious Belgian Waffle,Mexico Chicken Roll.Harga makanan dan minuman di sini juga agak berpatutan dengan anggaran RM 11-RM20 setiap seorang.Kafe ini juga sesuai untuk kanak kanak.

Status: Halal

Alamat: 1-2-1-, Jalan Setia Prima D u13/D, Setia Alam, Seksyen U 13, 40170 Shah Alam, Selangor.
Waktu operasi: Khamis – Selasa = 12 tengahari hingga 12 malam. Tutup pada Rabu.
Telefon: +6012-255 0025

 

11. Sips & Bites Café

sips n bites

sips2

Sips & Bites Café adalah perniagaan yang diuruskan oleh sebuah keluarga. Dekorasi dalamannya dipenuhi dengan warna biru dan perak yang pasti membawa aura positif kepada para penunjung.Lukisan dinding serta konsep meja kayu pasti akan menarik minat orang ramai. Layari Instagram Sips & Bites Café.

Status: Non-Halal

Alamat: 24-1, Sinaran 2, Jalan Anggerik Vanilla BE31/BE, Kota Kemuning, 40460 Shah Alam, Selangor.
Waktu operasi:
Isnin – Jumaat = 8 pagi hingga 10 malam
Sabtu & Ahad = 9 pagi hingga 10 malam
Telefon: +6019-2711 309


12. Brotherhood & Co. Lifestyle Cafe & Bike Spa

brotherhood2 brotherhood-co3

Jika anda penggemar makanan barat,manakala rakan anda meminati makanan tempatan,Brotherhood & Co. Lifestyle Cafe & Bike Spa adalah pilihan yang tepat kerana kafe ini menyajikan kedua duanya.Anda juga akan dihiburkan oleh para pelajar Fakulti Muzik UiTM Shah Alam pada jam session mereka.

brotherhood-co-5

Status: Halal

Alamat: Brotherhood & Co. Lifestyle Cafe & Bike Spa Jalan Plumbum Z 7/Z, Pusat Komersil, Seksyen 7, Shah Alam
Waktu Operasi:
Isnin – Khamis = 12 pagi hingga 12 malam
Jumaat = 3 petang hingga 12 malam
Sabtu – Ahad = 12 pagi hingga 12 malam
Telefon: 018-399 9522

LEAVE A REPLY