Tiga Tahun Disekat Untuk Ke Luar Negara Jika Ejek Kerajaan

0
487

‘Terlajak perahu bisa diundur,terlajak kata buruk padahnya’ pepatah ini sesuai dengan tajuk yang ingin kita bicarakan.Fikir dulu sebelum melontarkan kata kata yang berbau tidak elok terhadap kerajaan.Jika masih berdegil.anda mungkin boleh dikenakan sekatan perjalanan ke luar negara selama tiga tahun.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Sakib Kusmi berkata, memandangkan passport antarabangsa rakyat Malaysia dikeluarkan kerajaan di bawah perkenan Yang di-Pertuan Agong, kerajaan boleh menggunakan budi bicaranya untuk sama ada mengeluarkan, menangguhkan atau membatalkannya.

Hal ini dilaksanakan sebagai usaha untuk melindungi imej negara dari tercalar.Arahan itu dikuatkuasakan sejak beberapa bulan lalu,lapor akhbar The Star.

Jabatan Imigresen akan bekerjasama jika menerima laporan polis atau agensi penguatkuasaan yang lain berkaitan apa sahaja isu yang membabitkan imej negara tercalar.

Bukan setakat itu,orang Malaysia yang berada di luar negara juga tidak terlepas dari hukuman ini jika mereka melakukan perkara yang sama iaitu memburukkan kerajaan Malaysia.Mereka akan dibekukan untuk ke luar negara sebaik sahaja mereka pulang ke tanah air.

Katanya,hanya ketua pengarah Jabatan Imigresen yang mempunyai bidang kuasa untuk mempertimbangkan sebarang rayuan yang dibuat.

 

LEAVE A REPLY