11 Destinasi Terbaik Untuk ‘Backpackers’

0
859

Anda seorang backpacker yang suka menjelajah dunia?Suka mencari cabaran atau memburu pengalaman baru?Namun,anda masih bingung destinasi mana yang sesuai untuk anda tuju.Jadi,anda tidak perlu runsing lagi kerana di sini kami telah menyenaraikan 11 destinasi terbaik untuk ‘backpaker’ seperti anda!

 

1. Turki

A classical Istanbul cityscape on a sunny day

turkey 2

Turki merupakan sebuah negara yang mempunyai gabungan unik,timur dan barat.Di sini,makanan yang disajikan bukan sahaja lazat,malah murah dan berpatutan.Festival budaya juga selalu diadakan sebagai tarikan para pengunjung.Anda boleh melawat Kota Lama Istanbul,Muzium Hagia Sophia  dan Chora Church.Paling best kat sini,bazar makanannya yang besar (salah satu bazar makanan yang paling best kat dunia)

 

2. Nicaragua

nicaragua 1

nicaragua

Namanya memang jarang didengar,namun ia merupakan destinasiyang tepat untuk backpaker.Tempatnya amat sesuai buat pencinta alam semulajadi dengan pemandangannya yang indah serta ruang sekeliling yang luas.Anda boleh melawat Granada untuk melihat keunikan bangunan kolonial.Laguna De Apoyo,tasik gunung berapi yang amat fantastik di Masaya turut menjadi tarikan pelancong untuk berkunjung ke sini.Masa yang dicadangkan untuk berkunjung ke negara ini adalah antara bulan Dec-Feb.

 

3. Thailand

thai

thai food

Negara yang famous dalam kalangan backpackers.Thailand merupakan sebuah negara yang mesra bajet,juga dipenuhi budaya yang amat unik serta penduduk yang ramah.Makanan disini tidak pernah mengecewakan,sedap dan dikatakan murah.Selain makanan,kemudahan disini juga murah,seperti tempat penginapan.Pantainya yang indah seperti Phuket,Krabi,Koh Samui dan lain lain menarik minat pelancong berkunjung ke sini.

 

4. Peru

Beautiful view of Machu Picchu ruins on sunny day (Peru)

laluan andean peru

Salah satu negara backpacking paling tradisional, Peru mempunyai hutan hujan tropika yang luar biasa, kerajaan purba yang hebat, landskap yang menakjubkan dan pantai berpasir yang yang indah. Machu Picchu adalah tempat yang wajib dikunjungi jika anda berada di sini. Dari laluan Andean ke campuran unik sejarah dan hidupan liar, ada sesuatu untuk anda mencipta pengalaman anda tersendiri di sini.Ibu negara Peru, Lima, mungkin tempat terbaik untuk memulakan perjalanan anda.Anda hanya perlu sediakan peta,sepasang kasut hiking, belajar bahasa Sepanyol sedikit sebanyak dan berkunjunglah ke Peru!

 

5. Sri Lanka

sri lanka

The Seema Malaka Temple - Gangaramaya in Colombo
The Seema Malaka Temple – Gangaramaya in Colombo

Bandar yang paling terkenal disini dalam kalangan backpackers adalah Colombo iaitu bandar komersial bagi Sri Lanka.Galle Face Green dan patung Buddha disini juga kelihatan sangat fantastik!Berita baiknya pula,semua orang boleh berkunjung ke sini dan menikmati keindahan budaya dan bandar disini kerana Sri Lanka merupakan salah satu negara yang amat berpatutan untuk dilawati.

 

6. Costa Rica

costarica

costa ricaa 2

Jika anda seorang pencinta alam semulajadi atau lebih dikenali sebagai ‘nature lover’ Costa Rica semestinya pilihan yang tepat buat anda.Dengan taman taman negaranya yang cantik, gunung berapi yang fantastik,hidupan liar yang menakjubkan, burung yang berwarna-warni, tasik yang tulen, pantai keemasan dan laut yang biru.Salah satu tempat tarikan disini adalah Taman Negara Corcovado yang akan menawarkan anda dengan pelbagai aktiviti dan tarikannya yang tersendiri.Taman Negara Polo Verde pula adalah tempat yang sempurna buat mereka yang impikan suasana yang tenang.Jangan lupa untuk membawa baju renang bersama anda apabila anda melawat ke taman negara,kerana di sini ada banyak kawasan air terjun dan kolam air panas untuk aktiviti mandi manda.Kamera juga benda yang wajib ada untuk merakam  detik letusan gunung berapi yang akan menjadi sesuatu pengalaman bermakna dalam hidup anda!

 

7. India

Scenic india himalayas mountains with Chandra Tal lake in Spiti valley landscape

india 2

India merupakan satu lagi destinasi backpacker yang popular dan murah. Mengembara di negara ini adalah satu pengalaman yang boleh dimanfaatkan seumur hidup. Perjalanan,penginapan, dan makanan disini agak murah jika mahu dibandingkan dengan destinasi backpacking lain di dunia.Perjalanan anda di India, anda mungkin tidak akan dapat menikmati penghawa dingin atau pancuran mandian air panas seperti yang dimahukan,namun budaya yang unik di sini, makanan yang lazat pasti menjadikan ia percutian yang berbaloi untuk anda.

 

8. Nepal

nepal 1

Temples at Durbar Sqaure in Patan, Lalitpur city, Nepal

Mencari alam tropika semulajadi dan budaya Asia yang klasik?Nepal adalah jawapan untuk anda.Nikmati warisan Asia di negara ini yang menakjubkan ketika meredah desa perkampungan yang indah,Anda boleh berkunjung ke Bhaktapur di Lembah Kathmandu untuk melawat kuil suci Hindu dan Buddha yang terkenal, seperti Manakamana, Budanilkantha dan Pashupatinath.Bagi kebanyakan backpackers,sebulan tidak cukup untuk benar benar mengenali tempat yang indah ini. Penginapan dan makanan disini adalah sangat berpatutan,jadi anda tidak perlu bimbang tentang hal itu disini.

 

9. Albania

Skanderbeg Monument in Skanderbeg Square in Tirana, Albania

albania 2

Jika anda tidak mampu untuk berkunjung ke Greece dan Itali, Albania adalah alternatif yang paling sesuai. Walaupun ia adalah salah satu negara termiskin di Eropah, Albania adalah sebuah negara yang indah dengan kekayaan budayanya dan ia adalah salah satu destinasi backpacking yang sangat murah.Tirana,ibu kota Albania, mempunyai pelbagai muzium yang menakjubkan dan tempat bersejarah yang pasti akan membuat anda terpegun.Anda boleh mendaki Bukit Dajti untuk melihat pemandangan yang menakjubkan, atau menikmati sinaran matahari yang mempesonakan, dan juga pantai pasir putihnya,Pantai Jala dan Pantai Dhermi.

 

10. Indonesia

Südsee

indo 2

Indonesia juga tidak terlepas dari menjadi salah satu negara yang menjadi pilihan Backpackers.Indonesia terkenal dengan lautnya yang jernih, pantai berpasir yang indah, hutan hujan tropika yang hebat, dan budaya yang unik untuk diterokai.Anda boleh menuju ke Pulau Sumba untuk mencuba aktiviti memancing, snorkeling,scuba diving, atau anda boleh mempertimbangkan untuk melawat salah satu pantai yang terbaik di Bali.

 

11. Cambodia

cambodia

cambodia 2

Ramai yang berkunjung ke sini hanya untuk melihat keajaiban kuil purba Angkor Wat pada asalnya,namun setibanya disini,mereka pasti tertarik dengan pelbagai keindahan yang ada disini seperti Air terjun yang ada di dalam hutan,Muzium Perang yang mengagumkan serta pulau-pulaunya yang cantik.Angkor Wat,selain kecantikannya,ia sememangnya menjadi tarikan yang utama di negara ini.Jika anda mahukan suasana yang tenang sambil bersantai di pantai yang mengasyikkan,anda boleh ke Sihanouksville atau ke pulau berdekatan Koh Rong.Yang paling penting,Cambodia merupakan salah satu destinasi pelancongan yang termurah di Asia Tenggara!

LEAVE A REPLY