15 Amalan Terbaik Sepanjang Ramadhan

0
548

Ramadhan adalah bulan terbaik untuk berusaha mengerjakan amal kebaikan sebanyak mungkin dek kerana bulan ini adalah bulan yang penuh dengan kemuliaan.Penting untuk kita mengetahui tentang fadhilat atau kelebihan melakukan amalan yang baik demi emotivasikan diri untuk berubah ke arah yang lebih baik.Berikut merupakan contoh amalan yang terbaik yang boleh kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan.Semoga kita semua peroleh keberkatan Allah di bulan yang mulia ini.

1. Mengutamakan sahur

Dari Anas radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah.” (HR Bukhari & Muslim)

Dari Zaid bin Tsabit radhiAllahu ‘anhu berkata:

“Kami sahur bersama-sama dengan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam, kemudian kami melaksanakan solat.” Ada seseorang bertanya: “Berapa lama antara sahur dengan solat itu?” Baginda menjawab: “Kira-kira 50 ayat.”            (HR Bukhari & Muslim)

Dari ‘Amr bin ‘Ash radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Kelebihan puasa kami dan puasa ahli Kitab adalah adanya makan sahur.”        (HR Muslim)

 

2.Tidak Melengahkan Waktu Berbuka Puasa Setelah Masuk Waktu

Dari Sahl bin Sa’d radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Manusia itu selalu dalam kebaikan selama mereka segera berbuka puasa.”      (HR Bukhari & Muslim)

Dari Anas radhiAllahu ‘anhu berkata:

“Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam sentiasa berbuka dengan beberapa biji ruthob (kurma yang baru masak) sebelum solat. Jika tidak ada ruthob (kurma yang baru masak), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam berbuka dengan tamar (kurma yang sudah kering). Jika tidak tamar (kurma yang sudah kering), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam meneguk air beberapa teguk.”                 (HR Abu Daud dan At-Turmudzi)

 

3.Doa Sepanjang Berpuasa Dan Sewaktu Berbuka Adalah Mustajab

Diriwayatkan oleh Turmudzi dengan sanad yang hasan, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Ada 3 golongan yang tidak ditolak do’a mereka, iaitu orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin negara yang adil dan orang yang teraniaya.”

 

4.Menghindari Perkara Perkara Yang Bertentangan Dengan Ibadah Puasa

Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alahi wasallam bersabda:

“Puasa itu adalah perisai, oleh kerana itu, apabila salah seorang di antara kamu sekalian berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah bertengkar/berteriak. Apabila ada seseorang yang mencaci-maki atau mengajak berkelahi, maka hendaklah ia berkata: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa”. (HR Bukhari & Muslim)

Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan perbuatan buruk, maka Allah tidak memerlukan ia meninggalkan makan dan minumnya.”          (HR Bukhari)

 

5.Menggosok Gigi Atau Bersiwak

Amir bin Rabi’ah berkata:

“Saya melihat Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersiwak dan beliau pada saat itu sedang berpuasa. Kerana seringnya, maka saya tidak dapat membilang dan menghitungnya.” (HR Bukhari)

Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu mengatakan bahwa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Andaikan tidak memberatkan umatku, niscaya mereka kuperintahkan bersiwak pada setiap kali berwudhu.” (HR Bukhari)

 

6.Banyak Menderma Dan Bermurah Hati

Dari Ibnu Abbas radhiAllahu ‘anhu katanya:

“Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam adalah seorang yang paling dermawan, dan sifat dermawannya itu lebih menonjol pada bulan Ramadhan yakni ketika ditemui Jibril. Biasanya Jibril menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan, dibawanya mempelajari al-Quran. Maka Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih murah hati melakukan kebaikan dari angin yang bertiup.” (HR Bukhari)

 

7.Memperbanyakkan Bacaan Al-Quran

(Hadith Ibnu Abbas di atas menyatakan bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bertadarus (mempelajari al-Quran) dengan Jibril pada setiap malam Ramadhan.)

Membaca al-Quran sememangnya amalan yang sunat dilakukan oleh ummat Islam, tetapi sempena bulan Ramadhan, hendaklah kita tumpukan betul-betul dan menggandakannya. Para ulama apabila tibanya bulan Ramadhan akan memberhentikan kuliah yang diajar mereka dan menumpukan kepada mempelajari al-Quran. Membaca untuk memahami al-Quran yakni mentadabbur al-Quran adalah lebih utama dari membaca laju untuk mengkhatamkannya beberapa kali pada bulan Ramadhan.

 

8.Memanfaatkan Waktu Malam Dengan Solat Sunat(Terawih)

Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:

“Barangsiapa yang mengerjakan solat sunnat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala dari ALLAH, maka akan diampunilah dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari & Muslim)

 

9.Jangan Tinggalkan Ibadah Pada 10 Malam Terakhir

Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata:

“Bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam apabila masuk sepuluh terakhir bulan Ramadhan. diramaikannya waktu malam, dibangunkannya ahli keluarganya dan diikat erat kain sarungnya.”(HR Bukhari & Muslim)

 

10.Beriktikaf pada 10 terakhir Ramadhan.

Dari Ibnu Umar radhiAllahu ‘anhu berkata:

“Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (HR Bukhari & Muslim)

Dari Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata:

“Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan sehingga Beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam dipanggil ALLAH Ta’ala, kemudian setelah beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam wafat, isteri-isterinya meneruskan kebiasaan Beliau itu.” (HR Bukhari & Muslim)

 

11.Memberi makan untuk berbuka puasa.

Dari Zaid bin Khalid Al-Juhanny radhiaAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Barangsiapa yang memberi makan untuk berbuka orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.” (HR At Turmudzy)

 

12.Duduk Di Masjid Sampai Matahari Terbit
Imam al-Tirmidzi meriwayatkan dari Anas, dari Rasulullah S.A.W , beliau bersabda:

“Siapa solat Subuh secara berjemaah, lalu duduk berzikir kepada Allah hingga matahari terbit, lalu solat dua raka’at, maka baginya seperti pahala haji dan umrah yang sempurna, sempurna , sempurna.”                                    (Disahihkan oleh Syaikh Al-Albani)

 

13.Umrah Pada Bulan Ramadhan

Telah diriwayatkan dari Nabi S.A.W baginda bersabda:

“Umrah pada bulan Ramadhan menyerupai haji.”
(HR. Al-Bukhari dan Muslim)

 

14.Menghidupkan Lailatul Qadar

Allah S.W.T berfirman:

“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur’an) pada malam kemuliaan.
Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?
Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.” (QS. Al-Qadar: 1-3)

Rasulullah saw bersabda:

“Dan siapa solat pada Lailatul Qadar didasari iman dan mengharap pahala, diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.”
(HR. Bukhari dan Muslim)

Adalah Nabi S.A.W berusaha mencari Lailatul Qadar dan memerintahkan para sahabatnya untuk mencarinya.
Beliau juga membangunkan keluarganya pada malam sepuluh hari terakhir dengan harapan mendapatkan Lailatul Qadar.

 

15.Zakat Fitrah

Zakat fitrah wajib dibayarkan sebelum berakhirnya bulan Ramadhan oleh umat Islam, baik lelaki atau perempuan, dewasa maupun anak-anak. Tujuannya adalah untuk mensucikan orang yang melaksanakan puasa dan untuk membantu fakir miskin.

 

 

Kredit:www.myibrah.com

 

LEAVE A REPLY