‘Air Sial’ Bakal Beroperasi Hujung Tahun Ini

0
539

airsial1

SIALKOT: Air Sial, sebuah syarikat penerbangan swasta yang baru ditubuhkan di bawah seliaan Dewan Perniagaan dan Industri Sialkot (SCCI) akan diterbangkan ke udara hujung tahun ini.

Fazal Jilani, penaung Air Sial dan Presiden SCCI, membuat pengumuman itu semasa mesyuarat di Auditorium SCCI semalam.Pihak pengurusan Air Sial berkata mereka secara rasminya telah mula mendaftar barisan pengarahnya.

“Kami berharap bahawa Air Sial akan dapat memulakan operasinya pada akhir tahun ini selepas selesai proses pendaftaran.Logo rasmi syarikat penerbangan itu juga bakal diumumkan tidak lama lagi, “katanya kepada SAMAA.

“Kami telah berbincang untuk melancarkan syarikat penerbangan kami sendiri sebagai syarikat penerbangan tempoh jangka masa panjang oleh kerana Komuniti Perniagaan Sialkot kerap malakukan perjalanan ke dalam dan luar negara,” ujar beliau.

AIR-SIAL 2

“kami akan berusaha sedaya upaya untuk menyediakan kemudahan perjalanan yang lebih baik kepada para penumpang”

“Air Sial akan menawarkan anda penerbangan bertaraf lima bintang pada harga yang berpatutan,”kata beliau lagi.

Beliau berkata pengurusan Air Sial sedang memikirkan cadangan untuk membeli pesawat Boeing 727-800  bagi operasi penerbangan domestik dan antarabangsa.

Jailani juga berkata,Komuniti Perniagaan Sialkot sudah pun menyiapkan pelbagai projek-projek mega lain, termasuk lapangan terbang antarabangsa, pelabuhan darat dan jalan antara bandar utama di bawah pakej pembangunan bandar.

Inisiatif ini telah mendapat pujian orang ramai di media sosial.

airsial3

Di Facebook, orang ramai meluahkan rasa kagum mereka terhadap Dewan Perniagaan dan Industri Sialkot  kerana berjaya melaksanakan projek mega atas usaha mereka sendiri.

airsial4

 

 

 

LEAVE A REPLY