10 Keajaiban Dunia Yang Mesti Anda Lihat Dengan Mata Anda Sendiri!

0
1310

Terkadang kita harus menjelajah ke seluruh pelosok dunia untuk melihat keajaiban yang wujud di sekeliling kita.Salah satu keajaiban dunia ialah tempat tempat yang indah dan unik.Yang pasti,keajaiban dunia itu adalah sesuatu yang bisa menimbulkan ketakjubannya yang tersendiri.Mata anda pasti tidak berkedip melihat 10 keajaiban dunia yang kami sajikan ini!

 

1. The Glass Trail Of Terror China Dengan Ketinggian 1430

glass trail

glass trail2

Yang ini lebih seram dari cerita ‘jangan pandang belakang’,kerana ianya ‘Jangan Pandang Bawah’!!Anda seolah olah berjalan di udara!

 

2. Melissani Lake Greece,Air Terjernih Di Dunia

MELLISANI

MELLISANI2

Melissani Lake terlindung oleh Gua di Pulau Kefalonia.Gua ini dikelilingi hutan yang eksotik.Tarikan utama pengunjung ke sini semestinya air tasiknya yang sangat jernih.

 

3. The Oak Chapel France Yang Berusia Ribuan Tahun

oak-chapel-5[6]

The Oak Chapels sudah semestinya bukan rumah pokok seperti yang anda bayangkan.Ianya tidak dapat diketahui secara spesifik usia sebenarnya,namun mereka anggarkan usia Oak Chapel ini adalah sekitar 800 hingga 1200 tahun.

 

4. Parking Lot USA Yang Diperbuat Daripada 1500 Botol Plastik

PLASTIC BOTTLE

recycled-soda-bottles-canopy-garth-britzman-5

Tempat parkir kenderaan yang paling rare menggunakan botol plastik terbuang diiisi air berwarna.Berada di bawah tempat letak kereta ini sahaja sudah cukup buat anda terasa seolah olah di alam magis!

 

5. The Path of Death China Dengan Ketinggian 2130 Meter

PATH OF DEATH

PATH OF DEATH 2

Dikatakan hiking yang paling bahagia di dunia.Beberapa bahagian gunung ini agak curam.Kawasan ini dianggap suci oleh sesetengah masyarakat.Anda cuma perlu awasi dalam setiap langkah anda disini!

 

6. Salar De Uyuni Bolivia,Biasan Pada Air Yang Mengagumkan

Salar_de_Uyuni_2013

Salar.de.Uyuni2

Dikenali sebagai cermin terbesar di dunia.Setiap tahun,landskap luar biasa ini akan dipenuhi dengan air,tetapi airnya cetek sahaja.Maka,terjadilah biasan pada air yang kelihatan seperti cermin terbesar di planet ini yang pasti memukau anda!Langit dan awan yang terbias membuat anda kelihatan seperti terapung di udara.

 

7. Kolam Renang Kaca Di Antara 2 Bangunan Di London

GLASS POOL

GLASSPOOL2

Nama samarannya adalah ‘sky pool’ yang telah digambarkan sebagai kolam ranang pertama di dunia yang memperlihatkan bahagian dasarnya.Berenang renang disini membuatkan anda rasa seolah olah terapung di udara!

 

8. Jambatan Akar Pokok Di Indonesia

JAMBATAN AKAR

jembatan-akar1

Menurut penduduk tempatan,jambatan akar pokok yang menakjubkan ini dibina pada tahun 189,oleh Pakih Shan,seorang guru muslim dari Lubuak Silau.Beliau memikirkan idea itu kerana beliau sedikit kecewa apabila para pelajarnya tidak dapat menghadiri kelas agama kerana sungai disitu telah memisahkan dua kawasan.

 

9. Hotel Di Dasar Laut,Dubai

HOTEL DASAR LAUT

HOTEL DUBAI

Anda mahukan sesuatu yang luar biasa?Ini jawapannya.Anda boleh nikmati malam anda menonton hidupan laut serta tidur dengan ikan ikan kesayangan anda.Tetapi.jangan pula anda mimpi ngeri tentang seekor jerung yang ganas!

 

10. Memandu Di Sepanjang Death Valley,USA

DEATH VALLEY

DEATHVALLEY

Jika ingin memandu di laluan ini,anda perlu menyediakan jumlah air yang cukup untuk keperluan anda kerana ianya kawasan yang panas dan kering.Ianya sememangnya panas,namun pemandangan yang cantik pasti akan membuat pemanduan anda menjadi satu pengalaman yang berbaloi!

 

 

 

 

 

LEAVE A REPLY